Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
majlis kebudayaan negara
Tiada Kategori

MOTAC Lantik 11 Orang Anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) Sesi 2025-2027

Nurul Naqiyah

MOTAC Lantik 11 Orang Anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) Sesi 2025-2027

21 November 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melantik seramai 11 individu untuk menggangotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025-2027. Mereka terdiri daripada kalangan ilmuan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas yang telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.

MAKEN merupakan badan bebas yang berperanan untuk memberi khidmat nasihat, pandangan dan cadangan kepada Kerajaan berhubung dengan pembangunan, kemajuan serta pemerkasaan dasar berkaitan hal ehwal seni, budaya dan warisan. Majlis ini diwujudkan sebagai platform tertinggi bagi membincangkan isu-isu dan memperkasakan aspek pengurusan sektor kebudayaan dan kesenian negara.

majlis kebudayaan negara

Antara fungsi-fungsi MAKEN adalah:

  • memberi khidmat nasihat secara perundingan dan perbincangan bersama MOTAC berkenaan kebudayaan termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa;

  • mengemukakan pandangan dalam urusan penambahbaikan berhubung pelaksanaan program kebudayaan agar selari dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN); dan

  • memberi cadangan dan syor berkenaan idea baharu berhubung hala tuju sektor kebudayaan.

majlis kebudayaan negara

MAKEN diharap dapat membantu Kerajaan dalam menambah baik aspek pengurusan, tadbir urus dan penetapan kandungan kebudayaan yang juga melibatkan industri kreatif negara. Majlis Penyampaian Pelantikan Watikah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Roslan bin Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Harapan Kementerian, ahli-ahli MAKEN yang dilantik dapat membantu mengemukakan pandangan yang selari dengan DAKEN 2021 ke arah merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Maju Rakyat Berbudaya” serta dapat melestarikan agenda pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan seni, budaya dan warisan negara.

SENARAI AHLI MAJLIS KEBUDAYAAN NEGARA (MAKEN) SESI 2025-2027

1. YBhg. Tan Sri Hajah Norliza Rofli (Pengerusi)

2. YBrs. Cik Low Ngai Yuen (Timbalan Pengerusi)

3. YBhg. Datuk Dr. Lim Swee Tin

4. YBhg. Dato’ Goh Hin San

5. YBrs. Prof. Dr. Solehah binti Ishak

6. YBrs. Encik Jared bin Abdul Rahman

7. YBrs. Dr. Juli a/l Edo

8. YBrs. Encik Nik Mohd Faiz bin Nik Mohamed Amin

9. YBrs. Encik Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee

10. Ybhg. Datu Dr. Rashidah binti Bolhassan

11. YBhg. Datu Ik Pahon Joyik