Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Moto Morini X-CAPE 700 Kini Di Malaysia, Sedia Untuk Perjalanan Jauh

MORINI

Moto Morini X-CAPE 700 Kini Di Malaysia, Sedia Untuk Perjalanan Jauh

Moto Morini X-CAPE 700 kini rasmi di pasaran Malaysia selepas diperkenalkan dalam satu acara khas yang berlangsung di White Swan Hotel, Zhejiang, China pada November tahun lalu. 

Ditawarkan pada harga RM33,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, Moto Morini X-CAPE 700 hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Stone Black, Vortex Red dan Dynamic White, sesuai untuk penunggang yang mengutamakan prestasi serta gaya.

Dari segi prestasi, Moto Morini X-CAPE 700 dikuasakan oleh enjin 693 cc, dua silinder, empat lejang yang menghasilkan 55 kW pada 8,500 rpm dan 68 N.m tork pada 6,500 rpm, dengan nisbah mampatan 11.6:1. Enjin ini menampilkan ukuran piston dan lejang 83 × 64 mm, serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan bersama sistem pacuan rantai, bagi memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan konsisten.

Ia turut dilengkapi sistem penyejukan cecair, suntikan bahan api elektronik (EFI) dan sistem penghidup elektrik, manakala kapasiti tangki bahan api 18 liter menyokong tunggangan jarak jauh. Sistem klac jenis multi-cakera basah dengan fungsi slipper daripada FCC turut membantu meningkatkan kawalan dan kestabilan ketika penurunan gear secara agresif.

Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik boleh laras jenama Marzocchi serta penyerap hentak belakang tunggal boleh laras jenama KYB., dengan jarak pergerakan suspensi 165 mm di hadapan dan 160 mm di belakang, memberikan keselesaan serta kestabilan dalam pelbagai kondisi jalan raya dan off-road.

Prestasi brek pula dikendalikan oleh cakera berkembar terapung Brembo di hadapan dengan angkup 4-piston dan cakera tunggal terapung Brembo di belakang dengan angkup 2-piston, masing-masing berdiameter 298 mm di hadapan dan 255 mm di belakang, serta disokong sistem ABS dwi-saluran untuk tahap keselamatan yang lebih tinggi. 

Moto Morini X-CAPE 700 menggunakan rim jenis spoke, dipadankan dengan tayar 110/90-R19 di hadapan dan 150/70-R17 di belakang, meningkatkan keupayaan merentasi pelbagai permukaan jalan. Dari segi dimensi, motosikal ini berukuran 2,220 mm panjang, 960 mm lebar dan 1,510 mm tinggi, dengan jarak roda 1,490 mm, ketinggian tempat duduk 840 mm serta kelegaan tanah 190 mm. Berat keseluruhan adalah 233 kg, memberikan kestabilan yang baik ketika tunggangan. 

Dari aspek ciri-ciri, Moto Morini X-CAPE 700 dilengkapi paparan TFT 7 inci, port pengecasan USB Type-A dan Type-C, serta suis keselamatan tongkat sisi. Sistem pencahayaan menggunakan lampu LED sepenuhnya, merangkumi lampu isyarat, lampu kecemasan, lampu hadapan dan lampu belakang, serta dilengkapi Daytime Running Lights (DRL). 

Teknologi tambahan termasuk TCS, TPMS serta mod tunggangan Off-Road dan Ride, membolehkan penunggang menyesuaikan prestasi mengikut keadaan jalan. Motosikal ini menggunakan bateri 12V11Ah dan turut dilengkapi kamera hadapan untuk tujuan keselamatan dan rakaman perjalanan.

Dari segi sambungan, motosikal ini menyokong aplikasi mudah alih serta sambungan Bluetooth, meningkatkan pengalaman tunggangan yang lebih moden. Untuk kegunaan touring, Moto Morini X-CAPE 700 hadir dengan dua kotak sisi (34 L kiri, 30 L kanan) dan kotak atas 39 L, bersama pelindung tangan serta palang pelindung sebagai kelengkapan standard. Cermin angin juga boleh dilaras secara manual bagi meningkatkan keselesaan ketika perjalanan jauh. 

Dengan gabungan prestasi, teknologi moden dan kelengkapan touring yang lengkap, Moto Morini X-CAPE 700 menawarkan sebuah motosikal pengembaraan yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan tunggangan harian mahupun ekspedisi jarak jauh di Malaysia. 

Dengan setiap pembelian Moto Morini X-CAPE 700, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.