Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Moto3: Hakim Danish Raih Empat Mata Di GP Jepun

HAKIM
Kredit: Facebook ZK Racing

SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 selepas bermula di petak 21 pada Grand Prix (GP) Jepun hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Litar Motegi Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 33 minit 6.817 saat (s) di belakang pemenang David Almansa dari Liquid Moly Dynavolt Intact GP yang mencatat 32: 45.544s.

Tempat kedua dimenangi Maximo Quiles dari CFMoto Gaviota Aspar Team dengan catatan 32:45.590s manakala pelumba Red Bull KTM Ajo, Alvaro Carpe menamatkan kedudukan ketiga 32:48.282s.

Keputusan itu turut menyaksikan Muhammad Hakim Danish berjaya mengutip empat mata untuk berada di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 105 mata keseluruhan.

Quiles kekal berada di puncak Moto3 dengan mengumpul 326 mata diikuti Almansa (199 mata) manakala Carpe di tempat ketiga dengan mengumpul 191 mata.

-- BERNAMA

Intipati
  • Muhammad Hakim Danish menamatkan GP Jepun di tempat ke-13 selepas bermula petak 21.
  • Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu mencatat masa 33 minit 6.817 saat di Motegi.
  • Keputusan itu memberikan Hakim Danish empat mata, menjadikan kutipan keseluruhannya 105 mata.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan