Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MotoGP: Bastianini Raih Gelaran Pertama 2023, Selepas Juarai Perlumbaan Di Sepang

Iqbal Yasir
MotoGP Bastianini 2023
Gambar: Bernama

MotoGP: Bastianini Raih Gelaran Pertama 2023, Selepas Juarai Perlumbaan Di Sepang

SEPANG, 12 Nov (Bernama) — Pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini berjaya merangkul kemenangan pertamanya musim ini, selepas memenangi perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2023, di sini hari ini.

Bastianini yang bermula dari petak ketiga, berjaya memotong rakan sepasukan dan juara dunia Francesco Bagnaia serta Jorge Martin dari pasukan Prima Pramac Racing pada pusingan pertama untuk mendahului perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

BACA JUGA: Diserang Ketika Menoreh, Lelaki Maut Dipercayai Dibaham Harimau

Pelumba dari Itali itu melintasi garisan penamat dalam masa 39 minit 59.137 saat (s) sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraannya, selepas kali terakhir meraihnya pada GP Aragon, Sepanyol pada September 2022.

Juara perlumbaan pecut semalam Alex Marquez dari Gresini Racing MotoGP yang ketinggalan 1.535s menduduki tempat kedua, manakala Bagnaia di tempat ketiga.

Sumber: BERNAMA