Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Motosikal Honda CBR650R E-Clutch & CB650R E-Clutch Tampil Dengan Warna Baharu

MOTOSIKAL

Motosikal Honda CBR650R E-Clutch & CB650R E-Clutch Tampil Dengan Warna Baharu

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. ("BSH" atau "Syarikat") hari ini memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model CBR650R E-Clutch dan CB650R E-Clutch, yang masing-masing merupakan pemenang Anugerah Malaysian Motorcycle of the Year (MMOTY) 2026. Pilihan warna baharu ini memberi lebih banyak ruang kepada penunggang untuk menzahirkan gaya peribadi mereka pada motosikal yang telah terbukti cemerlang dari segi prestasi dan inovasi.

  • CBR650R E-Clutch - Sportsbike of the Year (Bawah 1000cc), MMOTY 2026

  • CB650R E-Clutch - Naked Bike of the Year (Bawah 800cc), MMOTY 2026

  • Honda E-Clutch - Motorcycle Technology of the Year, MMOTY 2026

Nota: MMOTY merujuk kepada Malaysian Motorcycle of the Year Awards.

Warna Baharu

Honda CBR650R E-Clutch mengekalkan warna ikonik Grand Prix Red yang sinonim dengan dunia perlumbaan, sambil memperkenalkan pilihan baharu Matte Gun Powder Black Metallic dengan kemasan aksen kuning, sesuai bagi penunggang yang menggemari penampilan lebih garang dan moden.

Grand Prix Red & Matte Gun Powder Black Metallic

RRP: RM49,999

Harga yang dipaparkan ialah harga jualan yang disyorkan di bilik pameran dan tidak termasuk cukai jalan, insurans serta yuran pendaftaran.

Honda CB650R E-Clutch pula kini ditawarkan dalam dua warna baharu, iaitu Matte Jeans Blue Metallic dan Candy Energy Orange, melengkapkan pilihan sedia ada Matte Gun Powder Black Metallic. Ketiga-tiga pilihan ini menyerlahkan identiti Neo Sports Café yang menjadi karakter utama model tersebut.

Matte Jeans Blue Metallic, Matte Gun Powder Black Metallic & Candy Energy Orange

RRP: RM47,999

Harga yang dipaparkan ialah harga jualan yang disyorkan di bilik pameran dan tidak termasuk cukai jalan, insurans serta yuran pendaftaran.

Teknologi Honda E-Clutch Yang Sama

Kedua-dua model ini terus dilengkapi dengan sistem Honda E-Clutch, teknologi yang dinobatkan sebagai Motorcycle Technology of the Year di MMOTY 2026. Sistem ini membolehkan penunggang memulakan perjalanan, berhenti dan menukar gear tanpa perlu mengendalikan tuil klac, sambil mengekalkan pilihan untuk menggunakan klac secara manual pada bila-bila masa. Dengan pilihan warna baharu ini, penunggang masih menikmati prestasi serta teknologi yang sama, kini dalam penampilan yang lebih segar.

"CBR650R E-Clutch dan CB650R E-Clutch telah meraih tiga pengiktirafan MMOTY hasil prestasi cemerlang di atas jalan raya. Kini, pilihan warna baharu ini memberi peluang kepada penunggang untuk menyerlahkan gaya mereka sendiri ketika menunggang." ujar Kunitomo Asano, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Ketersediaan

Varian warna baharu Honda CBR650R E-Clutch dan Honda CB650R E-Clutch dijangka mula ditawarkan di semua pengedar sah Honda BigWing di seluruh negara bermula 6 Julai 2026. Kedua-dua model turut didatangkan dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km, yang mana terdahulu.

Tahukah Anda? Ini Tentang Honda E-Clutch Secara Ringkas

Honda E-Clutch merupakan sistem kawalan klac automatik pertama di dunia yang dibangunkan untuk motosikal pengeluaran. Sistem ini membolehkan penunggang memulakan perjalanan, berhenti dan menukar gear tanpa perlu menggunakan tuil klac, namun masih menawarkan kawalan klac secara manual pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Teknologi ini direka untuk mengurangkan keletihan penunggang, khususnya ketika menunggang dalam kesesakan lalu lintas bandar, tanpa menjejaskan pengalaman tunggangan motosikal manual. Honda CBR650R dan CB650R menjadi model Honda pertama di Malaysia yang dilengkapi teknologi inovatif ini ketika diperkenalkan pada Januari 2025.