Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Malaysian Press Institute (MPI) mencatatkan kedudukan kewangan yang lebih kukuh bagi tahun 2025 hasil pelaksanaan pelbagai program latihan dan pembangunan profesional, selain merancang pelaksanaan program pembelajaran berstruktur dan berimpak tinggi khusus untuk wartawan bermula 2026.
Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong berkata, inisiatif baharu itu akan dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan agensi berkaitan serta institusi pengajian tinggi, selaras usaha memperkukuh ekosistem latihan media negara.
Perkembangan itu diumumkan oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPI yang berlangsung secara hibrid dari Pusat Latihan MPI di Cyberjaya, hari ini.
“MPI komited memastikan wartawan Malaysia terus berintegriti, berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan landskap media yang semakin kompleks serta dipacu teknologi digital,” katanya.
Beliau turut menggalakkan penyertaan pengamal media daripada unit komunikasi korporat dalam program latihan yang disusun tahun ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Yong dan disertai seramai 33 ahli termasuk proksi yang mewakili organisasi masing-masing.

Dalam mesyuarat tersebut, ahli turut bersetuju mengekalkan tempoh lantikan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden selama tiga tahun selaras dengan Klausa 77(b) Perlembagaan MPI.
Antara yang hadir secara fizikal ialah Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA; Ketua Pengarang Kumpulan Media Chinese International (Malaysia), Dato’ Kuik Cheng Kang, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Azhari Muhidin; selain Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, setiausaha syarikat dan juruaudit yang dilantik oleh MPI.