Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MPS Pandang Serius Dakwaan Kebocoran Maklumat Pengadu, Jalankan Siasatan Dalaman

kebocoran maklumat pengadu mps
Gambar: MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kebocoran maklumat seorang pengadu yang sedang tular.

MPS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil maklum isu berkenaan yang tersebar khususnya menerusi platform Threads serta beberapa video berkaitan dakwaan bahawa maklumat pengadu berkenaan telah diketahui oleh pihak tertentu.

Menurut MPS, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan sentiasa memberi perhatian terhadap aspek kerahsiaan serta pengendalian maklumat pengadu yang diterima menerusi saluran aduan rasmi.

“MPS sedang menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti perkara tersebut dan mengenal pasti punca serta keadaan sebenar yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

MPS turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran peraturan.

“Tindakan tegas akan diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.”