Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MR D.I.Y. raikan Hari Kebangsaan menerusi ‘Bersama Satu Bazaar 2026’ di Lembah Klang dan Johor

MR D.I.Y. Group Berhad (“MR D.I.Y.”), peruncit nilai terkemuka di Malaysia, membawakan semula acara sambutan Hari Kebangsaan utamanya, Bersama Satu Bazaar, bagi tahun ketiga berturut-turut.

Susulan kejayaan penganjuran pada tahun 2024 dan 2025, Bersama Satu Bazaar 2026 kini diperluaskan ke luar Lembah Klang, dengan Johor sebagai lokasi baharu buat kali pertama. Bazaar ini akan berlangsung di Sunway Pyramid Open Car Park dari 28 hingga 31 Ogos 2026, diikuti oleh Angsana Johor Bahru Mall dari 11 hingga 13 September 2026.

Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y. Alex Goh berkata: “Semangat kemasyarakatan merupakan salah satu nilai yang kami pupuk dalam semua perkara yang kami lakukan, bukan sekadar dalam cara kami menyambut sesuatu perayaan.

“Penganjuran Bersama Satu Bazaar di Johor buat kali pertama membolehkan kami berkongsi kemeriahan sambutan ini bersama lebih ramai rakyat Malaysia. Ia juga memberi kami peluang untuk menyokong peniaga tempatan, mewujudkan pengalaman bermakna bagi keluarga, dan membawa semangat Hari Kebangsaan lebih dekat dengan komuniti yang kami santuni.”

Makan kegemaran tempatan, keriangan keluarga, dan acara kiraan detik Merdeka

Antara tarikan utama bazaar ini ialah Jalan Viral, yang menampilkan 100 gerai makanan dan barangan gaya hidup tempatan. Daripada hidangan popular Malaysia dan juadah kegemaran ramai hingga ke jenama gaya hidup tempatan, zon ini menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk diterokai pengunjung sambil menyokong usahawan tempatan.

Di Jalan DIY, pengunjung boleh membeli-belah barangan keperluan harian rumah serta menikmati pelbagai pilihan snek dan minuman ringan.

Bazaar ini turut menyediakan pelbagai pengalaman interaktif mesra keluarga menerusi zon aktiviti khas. Kanak-kanak dan golongan muda boleh menikmati permainan interaktif di Jalan Fun, menyertai bengkel STEM Discovery yang dianjurkan oleh Yayasan MR D.I.Y., atau meluangkan masa di petting zoo.

Persembahan kebudayaan secara langsung juga akan menyerikan suasana sepanjang kedua-dua acara berlangsung. Di lokasi Lembah Klang, sambutan itu akan merangkumi acara kira detik khas dan pertunjukan bunga api pada malam 30 Ogos 2026 bagi menyambut Hari Kebangsaan.

Keistimewaan eksklusif dan ganjaran edisi terhad untuk ahli-ahli MR.DIY Club

Ahli MR.DIY Club boleh menikmati keistimewaan eksklusif sepanjang bazaar berlangsung.

Ahli yang mempunyai dua Bag dalam akaun aplikasi mereka akan menerima baucar secara automatik yang memberikan akses sekali sahaja ke VIP Member Lounge yang berhawa dingin      di mana mereka boleh berehat seketika daripada kemeriahan bazaar sambil menikmati minuman percuma.

Pengunjung yang belum mendaftar sebagai ahli boleh memuat turun aplikasi MR.DIY Club di tapak acara dan berbelanja minimum RM40 di Jalan DIY untuk mengumpul dua Bag dan seterusnya menikmati keistimewaan akses ke VIP Member Lounge.

Selain itu, ahli juga boleh menyelesaikan misi khas dalam aplikasi MR.DIY Club sepanjang bazaar untuk menebus barangan edisi terhad MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar.

MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar 2026 dianjurkan dengan kerjasama Visa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. Malaysia atau ikuti MR D.I.Y. di Facebook, Instagram, dan TikTok.