Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Jurang antara tembok pengadang konkrit di laluan MRT Kajang Line memang sengaja direka sedemikian, jelas Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
Syarikat itu berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini, sebagai respons kepada beberapa komen tidak betul yang berlegar di media sosial yang mengatakan bahawa ketulan penghadang konkrit itu nampak “terjuntai” dan “berbahaya kerana boleh jatuh”.
“MRT Corp bersama-sama dengan Rapid Rail Sdn Bhd, pengendali MRT Kajang Line, juga telah melakukan pemeriksaan ke atas bahagian laluan tinggi yang dikawal itu dan mendapati bahagian itu dipasang dengan betul dan selamat,” jelasnya.
Sebagai tambahan, MRT berkata pemeriksaan berkala turut dilakukan terhadap semua aset MRT Kajang Line bagi memastikan semuanya dakam keadaan baik, dan tidak berbahaya kepada orang ramai.
Sumber: BERNAMA