Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mulanya Cuma Mahu ‘Cucuk’ Duit RM83 Je, Wanita Terkejut Tiba-tiba Jadi ‘Jutawan’, Tengok Resit Ada ‘Baki’ RM 4.1 Bilion Dalam Bank

Gambar Hiasan Via Google

Seorang wanita di Florida dilaporkan terkejut setelah mendapati bahawa terdapat hampir $ 1 bilion (RM4.1 bilion) di dalam baki simpanan bank miliknya.

Pada hari kejadian, Julia Yonkowski mengatakan bahawa dia telah pergi ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak $20 (RM83) dan terkejut apabila mendapati baki dinyatakan di dalam resit berjumlah $ 999,985,855.94.

“Saya tahu kebanyakan orang menyangka bahawa ia bagaikan ‘loteri’ tetapi saya merasa ‘ngeri’ kerana itu bukan wang saya,” kata Yonkowski.

Menurutnya, dia juga telah membca mengenai orang yang mengambil wang atau mengeluarkan wang yang tiba-tiba masuk ke dalam akaun mereka dan kemudian harus membayarnya semula.

“Saya tidak akan melakukannya kerana itu bukan wang saya,” katanya.

Pun begitu, pihak Bank Chase menjelaskan bahawa penyata tersebut merupakan bukan jumlah baki sebenar kerana jumlah tersebut tidak pernah dipindahkan ke dalam akaun wanita itu.

Mereka juga telah menghubungi wanita itu untuk menjelaskan mengenai kekeliruan yang berlaku.

Sumber: Indian Express

BACA: Raih Pendapatan Lumayan, Wanita Bongkar ‘Rahsia’ Tarik Pelanggan Walau Berniaga Tepi Jalan