Ayam sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat kita. Ada makanan beresepikan ayam, contohnya nasi ayam. Ada peribahasa tentang ayam, salah satunya bagai ayam berak kapur. Ada juga istilah tertentu menggunakan ayam, iaitu ‘bapa ayam’. Macam-macam lagilah.
Ayam juga selalu dijadikan sebagai haiwan peliharaan di kampung, dijadikan sebagai ‘teman’ yang menjaga kawasan rumah. Selain itu, ayam juga dijadikan haiwan ternakan di ladang-ladang yang membekalkan sumber daging ayam.
Tapi apa yang terjadi pada kali ini memang mencuit hati netizen. Pernah tak anda lihat ayam pergi bank? Ya, itulah yang terjadi seperti yang dikongsikan di laman Facebook Kak Misai ini.

Dalam perkongsian itu, Kak Misai menulis kapsyen yang berbunyi:-
Di bawah ini adalah turutan gambar si ayam jantan ini yang masuk senyap-senyap ke dalam sebuah bank. Lokasi tidak dapat dipastikan di mana.

Perlahan-lahan dia masuk kat pintu.

Usha ke kiri, ok line clear. Takda orang.

Usha ke kanan, line clear..eh ada orang. Terkejut, tak sempat nak jejak kaki kiri dalam bank.

Ok dah siap. Chow dulu.
Terhibur dengan gelagat si ayam ini, ramai netizen tercuit hati dan masing-masing cuba memberi komen seolah-olah situasi sebenar yang dialami ayam ini.
Jom baca apa kata netizen.
Murung sebab PKPD, terhibur baca kapsyen pasal ayam ni.

Mungkin ayam tu nak keluarkan duit tuan dia.

Mungkin ayam kepunyaan Tok Dalang, si Rembo.

Toyol bertopeng ayam.

Takda pengurus, kenalah gerak sendiri.

Sumber: Kak Misai