Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Murid Hilang Sewaktu Beriadah Di Pantai Balok, Usaha Mencari Dipergiat

Adib Haiqal
Murid Hilang
Kredit: Bernama

Murid Hilang Sewaktu Beriadah Di Pantai Balok, Usaha Mencari Dipergiat

Seorang murid dilaporkan hilang sewaktu beriadah bersama rakan-rakannya di Pantai Balok, Pahang pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam satu kenyataan.

"Dalam kejadian pada petang semalam, beberapa orang murid telah keluar asrama untuk beriadah tanpa pengetahuan pihak sekolah.

"Aktiviti yang dijalani bukan sebahagian daripada program rasmi yang dianjurkan oleh pihak sekolah," maklum kenyataan itu.

Sehingga kini, usaha mencari dan menyelamat murid berkenaan sedang dipergiatkan dengan bantuan pihak berkuasa.

“JPN Pahang mendoakan agar murid yang hilang dapat segera ditemui dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.