Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Murid SK Gong Badak Hasilkan Jalur Gemilang Gergasi Daripada Botol Terpakai

Iqbal Yasir
murid jalur gemilang botol
Gambar: BERNAMA

Murid SK Gong Badak Hasilkan Jalur Gemilang Gergasi Daripada Botol Terpakai

KUALA NERUS, 15 Ogos (Bernama) — Seramai 1,100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak di sini mengambil inisiatif menghasilkan Jalur Gemilang daripada botol minuman terpakai, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Pengarah Program Hari Kebangsaan di SK Gong Badak Mohamad Azrani Daud berkata Jalur Gemilang gergasi bersaiz 3.2 meter panjang dan 1.8 meter lebar itu, dihasilkan menggunakan 1,470 botol yang dikumpul selama seminggu.

Beliau berkata insiatif tersebut diambil bagi menyemai dan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar atau generasi muda, yang menjadi tunjang masa depan negara.

“Murid-murid mengambil masa selama seminggu untuk mengumpul, menyusun serta mengecat botol untuk dijadikan Jalur Gemilang dengan bantuan guru.

“Dengan kos RM600, ‘Jalur Gemilang Di Persada’ berjaya dihasilkan dan ia menjadi suatu kebanggaan bagi kami warga SK Gong Badak,” katanya ketika ditemui di SK Gong Badak hari ini.

Mohamad Azrani berkata selain menyemarakkan rasa kecintaan kepada negara, penghasilan Jalur Gemilang menggunakan botol terpakai itu juga bagi menggalakkan program kitar semula di sekolah.

Sumber: BERNAMA