Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Murni Sungguh Hatinya,” Arwah Afiq Sempat Tempah 35 ‘Suprise Box’ Bagi Hargai Jasa ‘Nurse’ & Doktor Merawatnya

Gambar: Facebook Afiq Iqmal, Wan Mohd Hafizam

Penerima hati pertama di Malaysia, saudara Mohd Afiq Iqmal sempat menempah 35 buah hadiah sebagai penghargaan kepada doktor dan jururawat yang menjaganya. Khabar ini dikongsikan penderma hati, Wan Mohd Hafizam yang berkongsi paparan skrin hasil perkongsian rakannya di Instagram.

Iklan

Allahyarham dikatakan telah menjalani pembedahan untuk menerima sebahagian hati daripada Wan Mohd Hafizam kira-kira 22 tahun lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Arwah Afiq dilaporkan mengalami komplikasi hati dan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri.

Penderma, Wan Mohd Hafizam sempat berkongsi hajat terakhir Allahyarham untuk memberi hadiah penghargaan kepada para doktor dan jururawat yang menjaganya selama ini. Beliau telah berkongsi coretan salah seorang rakan yang sempat berhubung dengan Allahyarham pada Januari lalu.

“Sekadar berkongsi cerita, sebenarnya Afiq telah tempah dan membayar deposit 35 buah hadiah kejutan untuk diberikan kepada pada jururawat dan doktor pada Mac nanti.

“Murni sungguh hatinya, sebab katanya itu untuk menghargai jasa-jasa mereka yang selalu merawatnya.

“Kali terakhir saya berborak panjang dengannya melalui Whatsapp pada Jan lepas. Dan sebelum raya Cina adalah mesej saya kepadanya yang terakhir..” kongsi individu tersebut.

Sumber: Wan Mhd Hafizam