Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menjelang Ramadan, Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Islam yang dikenali ramai, memperkenalkan inisiatif ‘Ramadan Re:Charge’. Inisiatif ini dirancang khusus untuk bulan Ramadan berdasarkan satu realiti yang biasa dialami ramai, walaupun niat biasanya kuat di awal bulan yang mulia, memperkekalkan semangat sepanjang bulan boleh menjadi lebih mencabar apabila tanggungjawab harian dan keletihan mula menjejaskan rutin.
Ramadan Re:Charge menggabungkan pelbagai alat sokongan keimanan, kandungan reflektif, dan pengalaman komuniti yang direka untuk membantu umat Islam sepanjang bulan Ramadan, tanpa menetapkan cara tertentu untuk menunaikannya.
Dengan menekankan kesinambungan dan keterlibatan peribadi berbanding rutin yang ketat atau jangkaan ideal, inisiatif ini mencerminkan bagaimana Ramadan dijalani pada masa kini, sekaligus menempatkan Muslim Pro sebagai teman setia yang menyokong pelbagai corak penghayatan iman.

Nafees Khundker, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Pro, berkata, “Di Muslim Pro, kami tidak mempersoalkan niat atau keinginan umat Islam untuk mengamalkan ibadah mereka, terutamanya sepanjang Ramadan.
Namun, yang kami fahami ialah mengekalkan niat itu sepanjang bulan boleh menjadi satu cabaran apabila seseorang perlu menyeimbangkan tugasan kerja, tanggungjawab keluarga, serta rutin harian.”
“Ramadan Re:Charge adalah cara kami menyahut realiti ini. Ia bertujuan menyokong keimanan dengan pendekatan yang realistik, peribadi, dan penuh empati."
"Sama ada seseorang sudah tekun beribadah atau sedang mencari kembali jalan mereka, peranan kami adalah menyediakan alat, kandungan, dan komuniti yang membantu mereka kekal terhubung, tanpa sebarang tekanan atau perbandingan.”

Teras pengalaman Ramadan adalah Al-Quran, yang merupakan salah satu ciri paling popular di Muslim Pro, terutamanya sepanjang bulan suci.
Pengalaman Al-Quran dalam aplikasi ini direka untuk menyokong penghayatan yang konsisten dan penuh kesedaran, membolehkan pengguna membaca, mendengar, merenung, atau menghafal mengikut kadar dan cara mereka sendiri.
Ciri-ciri seperti sasaran Khatam yang disesuaikan, penanda ayat, bacaan audio, dan alat refleksi membolehkan pengguna terus terhubung dengan Al-Quran tanpa rasa tertekan untuk mencapai sasaran yang ketat, sambil menghargai bahawa cara penglibatan boleh berbeza dari satu hari ke hari lain.

Sebagai sebahagian daripada tawaran Ramadan yang lebih luas, Qalbox, yang boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro, akan menampilkan pelbagai kandungan reflektif khas Ramadan.
Ia turut meneroka format kandungan baharu, terutamanya siri pendek (micro-series), bagi memenuhi permintaan penonton yang semakin meningkat untuk penceritaan episodik ringkas yang mudah disesuaikan dengan rutin harian sepanjang bulan Ramadan
Di Malaysia, ia diwujudkan melalui Light of Transit, sebuah siri mikro tempatan, serta karya reflektif berskala panjang seperti The Olive Tree That Remembered, yang dibangunkan bersama Yayasan Restu.
Keseluruhan program ini mencerminkan niat Muslim Pro untuk memperluas cara cerita berasaskan iman dikongsikan, dengan mengimbangi kedalaman mesej dan ketercapaian sepanjang Ramadan.

Penglibatan komuniti dan ruang ekspresi juga menjadi teras kepada ‘Ramadan Re:Charge’.
Sepanjang bulan suci ini, ruang sosial Muslim Pro di Ummah akan menganjurkan pertandingan perkongsian foto peringkat global, mengajak pengguna merenung dan berkongsi detik-detik Ramadan dalam kehidupan seharian dengan penuh ketenangan dan makna.
Sepuluh pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah Badal Umrah, memberi peluang kepada mereka untuk menghormati orang tersayang melalui ibadah yang dilakukan bagi pihak mereka.
Malaysia kekal sebagai salah satu pasaran paling penting dan aktif bagi Muslim Pro, dengan lebih satu juta pengguna aktif di peringkat tempatan.
Ramadan kali ini, pengalaman pengguna di aplikasi Muslim Pro akan diperkaya melalui naratif ‘Ramadan Re:Charge’, yang menggabungkan pelbagai alat keimanan, kandungan, dan pengalaman komuniti sepanjang bulan suci.