Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Muzium Budaya Borneo No. 1 Dunia Dalam Undian Global
Satu lagi detik membanggakan buat Malaysia apabila Borneo Cultures Museum (BCM) di Sarawak muncul sebagai muzium nombor satu dunia.
Berjaya mengungguli senarai undian global di laman web Museum World Ranking, kejayaan itu sekali gus menewaskan muzium paling terkenal dunia, Louvre di Paris, Perancis.
Menurut kemas kini terkini di laman tersebut pada jam 10.30 pagi hari ini, BCM mencatat sebanyak 48,430 undian. Ia jauh meninggalkan Louvre Museum di tempat kedua dengan 4,053 undian.
Berikut adalah senarai 10 muzium teratas dunia berdasarkan undian global (by Voting) di Museum World Ranking:
1. Borneo Cultures Museum, Malaysia – 48,430 undian
2. Louvre Museum, Perancis – 4,053 undian
3. National Museum of Anthropology, Mexico – 4,021 undian
4. National Palace Museum, Chinese Taipei – 4,006 undian
5. Guggenheim Museum Bilbao, Sepanyol – 3,921 undian
6. Getty Centre, Amerika Syarikat – 3,728 undian
7. Art Institute of Chicago, Amerika Syarikat – 3,439 undian
8. Houston Museum of Natural Science, Amerika Syarikat – 3,007 undian
9. Le Gallerie degli Uffizi, Itali – 2,612 undian
10. Royal Ontario Museum, Kanada – 2,358 undian
Untuk info, BCM mula tersenarai dalam Museum World Ranking tahun ini pada tangga ke-305 daripada 413 muzium di seluruh dunia. Ia satu pencapaian yang turut dikongsi menerusi laman Facebook rasminya pada 22 Oktober lalu.
BCM juga adalah antara tiga muzium Malaysia yang tersenarai dalam platform penarafan global itu, bersama Muzium Negara dan Muzium Tekstil Negara di Kuala Lumpur.
Kejayaan BCM ini menjadi satu lagi pencapaian bersejarah buat Malaysia kerana ia bukan sahaja merupakan muzium terbesar di negara ini, tetapi juga muzium kedua terbesar di Asia Tenggara.
Sejak dibuka kepada orang ramai pada Mac 2022, BCM terus mendapat perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa.
Terletak di pusat bandar Kuching, bersebelahan Padang Merdeka, bangunan lima tingkat ini direka dengan gaya moden yang menonjolkan unsur seni kraftangan tradisional Sarawak.
Menariknya, BCM juga merupakan muzium pertama di Malaysia yang menerima sijil Bangunan Hijau di bawah Green Building Index (GBI).
BACA: Abang Johari Dianugerah Pingat The Order Of The Rising Sun
Sumber: museumworldranking.net, Jabatan Muzium Sarawak, TVS