Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MyFundAction, Yosh Egypt Anjur Majlis Berbuka Puasa Untuk 100 Pelajar Istimewa

majlis berbuka puasa 100 pelajar istimewa
Kredit: yoshegypt

MyFundAction, Yosh Egypt Anjur Majlis Berbuka Puasa Untuk 100 Pelajar Istimewa

Kadang-kadang, tangan yang memberi sememangnya lebih baik dari tangan yang menerima. Setiap kebaikan yang dilakukan sewajarnya dijadikan sebagai contoh dan tauladan kepada orang lain.

Bukan itu sahaja, kita juga digalakkan untuk sentiasa memberi bantuan dan meraikan golongan-golongan yang kurang bernasib baik dan istimewa.

Malah, perkara sebegini sebenarnya sedikit sebanyak mampu mengukir senyuman di wajah mereka dan membuatkan mereka berasa gembira dan seronok untuk meraikan Ramadan.

Tambahan lagi, sekiranya kita membuat kebaikan pada bulan yang mulia ini. Pahala yang diperolehi juga pasti berlipat kali ganda.

Tidak kira dalam apa jua jenis kebaikan sekalipun, sama ada wang ringgit, makanan ataupun pertolongan yang kecil pasti akan mendapat keberkatan.

MyFundAction adakan majlis berbuka puasa dengan 100 pelajar istimewa

Baru-baru ini, bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), MyFundAction bersama NGO Mesir, Yosh Egypt telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa bersama dengan 100 orang pelajar istimewa dari Universiti Al-Azhar, Mesir pada 3 Mac lalu.

Majlis yang berlangsung di atas sebuah kapal pelayaran di Sungai Nil itu turut disertai oleh 15 orang termasuk pihak pengurusan dan pensyarah dari universiti tersebut.

Majlis ini juga bukan hanya sekadar majlis berbuka puasa, malah turut menjadi hari untuk berkongsi kebaikan bersama pelajar-pelajar tersebut.

Selain dari hanya bertukar hadiah dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain, diharapkan juga majlis ini mampu memberi sinar harapan dan senyuman di wajah mereka.

Dalam pada itu, selain dari majlis berbuka puasa bersama dengan 100 pelajar istimewa ini, sebahagian wakil dari MyFundAction turut menjayakan majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan dari pelbagai negara.

Menurut wakil dari MyFundAction, Masturina, majlis ini bukanlah kali pertama dianjurkan, malah ia telah berjaya dilakukan setiap tahun dan melibatkan pelajar dari pelbagai negara.

Kemeriahan sambutan berbuka puasa itu mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan.

Sumber:yosh.egypt