Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

N. Sembilan Negeri Paling Tinggi Kes Hari Ini Dengan 318 Kes, Selangor Turun Kembali Hanya 115 Kes Hari Ini Berbanding 1,623 Kes Semalam

PUTRAJAYA, 25 Nov – Negeri Sembilan mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi pada hari ini dengan 318 kes.

Menurut data daripada Kementerian Kesihatan (KKM), rekod tersebut turut diikuti Sabah dengan 293 kes.

Peningkatan yang berlaku di Negeri Sembilan ini adalah daripada kluster penjara iaitu Kluster Bakti dengan rekod 301 kes hari ini.

Bagaimanapun, Selangor yang sebelum ini mencatat kes tertinggi dengan 1,623 kes pada semalam, didapati kembali turun hanya 115 kes sahaja pada hari ini.

Selain itu, turut dilaporkan terdapat kluster dan kematian baharu yang dilaporkan hari ini.

Sumber: KKM