Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Naegleria Fowleri Atau ‘Ameba Pemakan Otak’ Membawa Maut? Ini Penjelasan KKM

Nurhanis
naegleria fowleri atau pemakan otak membawa maut
Gambar: KDCA

Pada 27 Disember baru-baru ini, kes pertama jangkitan Naegleria Fowleri di Korea Selatan telah dilaporkan. Difahamkan segalanya bermula selepas Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea mengesahkan seorang lelaki warga temptana berusia lingkungan 50-an meninggal dunia pada 21 Disember sebelum itu.

Selepas dunia dikejutkan dengan virus COVID-19 pada tahun 2019, kini jangkitan Naegleria Fowleri mula merungsingkan orang ramai kerana risau akan berlaku perkara yang tidak diingini lagi seperti sebelum ini.

Tetapi, apakah sebenarnya Naegleria Fowleri atau ‘ameba pemakan otak’ ini dan bagaimana ia boleh merebak? Bagi mengetahui lebih lanjut, ikut perkongsian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan di bawah ini.

Naegleria Fowleri Atau Ameba Pemakan Otak

Ameba Naegleri Fowleri merupakan ameba termofilik atau dikenali juga sebagai organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta juga dalam tanah. Walau bagaimanapun, is tidak ditemui dalam air masin seperti di lautan.

Ameba Naegleri Fowleri tersebut juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang. lanya berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar. Namun, sehingga kini tiada bukti jangkitan boleh merebak melalui wap air atau titisan aerosol.

Ameba Naegleri Fowleri ini boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk iaitu Primary Amoebic Meningoencephalitis (PAM), yang seterusnya boleh membawa maut. Pada peringkat awal, gejala PAM menyerupai gejala meningitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus lain seperti sakit kepala, demam, loya, atau muntah. Gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher (neck stiffness), kekeliruan (confusion), kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling (lack of attention to people and surrounding), sawan, halusinasi, dan koma juga boleh berlaku.

Kebiasaannya, gejala-gejala ini muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) dan boleh muncul seawal satu hari atau selewat-lewatnya 12 hari selepas dijangkiti. Keadaan pesakit juga boleh bertambah teruk dengan cepat iaitu dalam tempoh lima hari dan kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari daripada onset gejala.

Penyakit ini didiagnosis melalui pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri di dalam cecair tulang belakang atau tisu otak individu yang dijangkiti. Manakala, rawatan bagi penyakit ini adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan. Namun, rawatan adalah sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit ini berlaku sangat cepat.

Disebabkan jangkitan ini merupakan agak baharu pada ketika ini, ramai yang tidak mengetahui cara untuk mengelakkan ia berjangkit. Ikuti cara-cara untuk menghalang daripada berjangkit ameba pemakan otak seperti yang dinyatakan Jabatan Kesihatan Minnesota, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Bagaimana nak mencegah daripada berjangkit?

Satu-satunya cara yang pasti untuk mencegah PAM adalah untuk mengelakkan penyertaan dalam aktiviti air tawar. Orang ramai boleh mengurangkan risiko PAM dengan menghadkan jumlah air yang naik ke hidung. Apabila mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan air tawar orang awam dinasihatkan untuk:

  • Elakkan berendam dalam air tawar suam apabila suhu air tinggi dan paras air rendah.

  • Elakkan daripada meletakkan kepada di bawah air.

  • Tutup hidung atau gunakan klip hidung sekiranya diperlukan untuk berendam.

  • Elakkan menggali atau mengacau sedimen.

Sekiranya sedang membuat persiapan untuk mencuci sinus, gunakan air yang selamat untuk melindungi diri seperti cara ini;

  • Mendidihkan air selama satu minit dan biarkan sejuk, atau,

  • Membuat tapisan air menggunakan penapis yang direka untuk membuang kuman yang menyukai air dengan saiz lubangnya satu mikron atau lebih kecil atau,

  • Beli dan gunakan hanya air berlabel suling atau steril.

  • Bilas sebarang peranti selepas digunakan dengan air yang selamat dan biarkan peranti kering sepenuhnya.

Namun sekiranya, masih terlibat dalam aktiviti lasak yang melibatkan air tawar, orang ramai dinasihatkan sewajarnya mengambil langkah berhati-hati bagi mengatasi penyakit itu berjangkit.

Beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh awam supaya kesihatan dapat terjaga, disamping mengelakkan membawa kesusahan pada orang awam.

Seperti yang dinyatakan KKM, sekiranya mengalami simptom yang dinyatakan, orang ramai perlu mendapatkan rawatan segera terutama sekali selepas melakukan aktivit di dalam air.

Langkah-langkah ketika melakukan aktiviti air tawar

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah-langkah sewajarnya ketika melakukan aktiviti berkaitan air tawar seperti berikut;

  1. Elakkan daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat ameba berada di situ.

  2. Elakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mana air yang mungkin dicemari oleh ameba boleh memasuki rongga hidung secara terus.

  3. Mencuci badan dengan air yang terawat dan sabun selepas melakukan aktiviti di dalam air.

  4. Segera mendapatkan rawatan apabila mengalami demam, sakit kepala, muntah atau kekakuan leher (neck stiffness) secara tiba-tiba terutamanya selepas melakukan aktiviti di dalam air.

Dalam pada itu, KKM turut melaporkan bahawa tiada kes jangkitan Naegleri Fowleri ini dilaporkan berlaku di Malaysia, namun rakyat Malaysia perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya melakukan aktivit air tawar.

Sumber: KKM & Jabatan Kesihatan Minnesota