Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Nahas bas Rompin panggilan terakhir isteri
Sumber: Bernama

Nahas Bas Rompin: Panggilan Video Perbualan Terakhir Bersama Isteri 

Hannah

Nahas Bas Rompin: Panggilan Video Perbualan Terakhir Bersama Isteri

ROMPIN, 9 Jun (Bernama) — Panggilan video menjadi perbualan terakhir Saifullizan Abu, 53, dengan isterinya Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.

Saifullizan berkata menerusi panggilan video sekitar 12 tengah malam itu, isterinya yang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Jeram, Melaka memaklumkan sedang dalam perjalanan dan mahu tidur.

“Benda memang tak jangka, arwah pun macam biasa, gembira, dia penolong kanan sekolah jadi memang sering terlibat dengan pelbagai program,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Saifullizan yang juga seorang guru berkata beliau mendapat khabar duka itu sekitar 3 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau memaklumkan anak bongsunya Farouq, 12, yang turut berada di dalam bas mengalami kecederaan pada bahagian muka dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah, di sini.

Bapa kepada lima anak itu berkata selesai proses bedah siasatan, jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka untuk urusan pengebumian.

Anak ketiga mangsa Nur Mujahadah, 22, berkata kali terakhir beliau bertemu ibunya adalah ketika menghantar ibu dan adiknya ke sekolah tersebut untuk bertolak ke Terengganu dan ibunya sempat berpesan supaya memandu berhati-hati ketika perjalanan pulang.

BACA: Bas Bawa Rombongan Guru Terlibat Kemalangan, Dua Dilaporkan Maut

Sementara itu, eksekutif bank Muhammad Saiful Azam Yusof, 26, berkata beliau bersyukur isterinya Nurul Atiqah Jaafar Sedek, 31, terselamat dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa itu.

“Selepas kemalangan, isteri saya terus hubungi dan maklumkan dia terlibat. Saya tanya keadaannya, dia cakap baik tetapi tak boleh bangun dan saya terus bergegas ke Hospital Muadzam Shah bersama ayah dan anak,” katanya yang ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) susulan Nurul Atiqah yang cedera pada bahagian kepala dipindahkan ke hospital itu,

Tiga individu terkorban dalam nahas itu termasuk Hasnatul Adilah, pemandu bas Mohd Adi Hasan, 29, dan Hamzah Ahmad, 60.

Dalam kejadian itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

BACA JUGA: Nahas Bas Rompin: Hasnatul Adilah Sempat Tanya Keadaan Anaknya

Sumber: Bernama