Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Nahas FRU pemandu lori
Gambar: Bernama

Nahas FRU: Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan, Pemandu Lori Kekal Di Lokap – Polis 

Iqbal Yasir

Nahas FRU: Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan, Pemandu Lori Kekal Di Lokap – Polis

TELUK INTAN, 17 Mei (Bernama) — Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), setakat hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata sehubungan itu, tertuduh, 45, akan terus ditempatkan di lokap Batu Gajah hingga tarikh sebutan semula kes ditetapkan mahkamah iaitu pada 17 Jun depan.

“Jaminan kepada pemandu lori sebanyak RM6,000 dan beliau tidak dapat bayar, kita juga tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak lain setakat ini,” katanya ditemui ketika hadir ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat melawat dan menyantuni anggota FRU yang dirawat di HTI akibat kemalangan pada Selasa lepas.

Semalam, Mahkamah Majistret Teluk Intan menetapkan jaminan RM6,000 terhadap pemandu lori tersebut selepas dia dituduh memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU berkenaan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan berkenaan.

Media hari ini melaporkan terdapat netizen di media sosial berhasrat membayarkan wang jaminan terbabit.

Dalam pada itu, Zulkafli berkata saksi yang mendakwa melihat pemandu lori cuba mengelak sebuah kenderaan di lokasi kejadian masih belum tampil bagi membantu siasatan.

“Sekiranya ada, pihak polis akan menerusan siasatan susulan bagi tujuan perbicaraan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini seramai 16 saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pemandu Lori Didakwa Memandu Berbahaya Sebabkan Kematian Sembilan Anggota FRU