Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nahas Helikopter: Lima Jasad Diserah Kepada Waris

Nahas Helikopter
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah. Foto Bernama.

MIRI, 12 Sept (Bernama) -- Kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, diserahkan kepada waris masing-masing hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata dengan selesainya proses penyerahan itu, urusan seterusnya termasuk membawa pulang jasad ke kampung halaman akan dikendalikan waris dengan bantuan pihak berkaitan.

“ … kita telah menyerahkan kesemua mangsa kepada waris untuk proses selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Hospital Miri, di sini hari ini.

Beliau berkata pengaturan penerbangan akan dibuat mengikut keperluan setiap keluarga, dengan sebahagiannya dijangka diterbangkan esok.

“Sebahagian daripada mereka mungkin menggunakan penerbangan komersial, manakala penerbangan lain turut dipertimbangkan bergantung pada pengaturan yang dibuat,” katanya.

Polis turut melaksanakan proses pengecaman barangan peribadi mangsa untuk diserahkan kepada waris masing-masing.

Mohamad Zainal berkata siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas kini diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Helikopter yang menjalankan penerbangan FDS itu terhempas di Long Lellang, Baram, pada Selasa lepas, mengorbankan lima individu.

Intipati
  • Kesemua lima jasad mangsa nahas helikopter FDS diserahkan kepada waris di Hospital Miri hari ini.
  • Urusan membawa pulang jasad akan dikendalikan waris dengan bantuan pihak berkaitan mengikut keperluan keluarga.
  • BSKU meneruskan siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas helikopter di Long Lellang, Baram.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan