Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KPT menzahirkan salam takziah kepada keluarga 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut, Perak pada Isnin.
KPT akan menyalurkan beberapa insentif untuk meringankan beban keluarga wira-wirawati yang terlibat bersama agensi di bawahnya, antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Antara insentif ialah:
1.Menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 setiap seorang (keseluruhan 21 orang anak mangsa korban yang masih bersekolah telah dikenalpasti);
2.Membiayai sepenuhnya yuran pengajian sehingga tamat belajar (Program SULUNG 2.0) untuk Nurul Shahfiqah binti Mohd Shahrizan (Pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Keusahawanan), Universiti Malaysia Kelantan (UMK);
3.Menyalurkan sumbangan berbentuk tunai kepada waris setiap 10 keluarga terlibat.
KPT turut bersedia untuk menyalurkan apa jua keperluan dan sokongan kepada waris mangsa terutama dalam aspek pendidikan tinggi negara.
Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan dan ujian ini.