Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Tayar Lori Punca Kemalangan
Gambar: IPD Alor Gajah

Nahas KM204: Polis Temukan Rim Besi Dipercayai Milik Tayar Lori Punca Kemalangan

Iqbal Yasir

Nahas KM204: Polis Temukan Rim Besi Dipercayai Milik Tayar Lori Punca Kemalangan

ALOR GAJAH, 5 Jan (Bernama) — Polis telah menemukan komponen rim besi yang dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata komponen tersebut dikenal pasti semalam di Pusat Pelupusan Sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor.

“Rim besi itu telah diserahkan oleh pihak subkontraktor PROPEL (Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad) kepada polis, dan satu laporan rampasan telah dibuat. Komponen tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa polis sedang giat mengesan tayar yang dipercayai menjadi punca kemalangan berkenaan.

Pada 23 Dis lepas, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara.

Siasatan awal mendapati, bas persiaran tersebut melanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah, menyebabkan bas itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain. Kejadian itu mengakibatkan lima penumpang MPV serta pemandu dan seorang penumpang bas berkenaan meninggal dunia.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tujuh Maut, 33 Cedera Dalam Kemalangan Di KM204 Plus Arah Utara

BACA: Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 29 Disember