Seorang polis di Nigeria dipuji kerana telah membelanjakan kekayaannya untuk membantu Islam dan umat Islam dengan membina sebuah masjid dan tempat mengambil wuduk.
Bertentangan dengan pendapat bahawa Pegawai Polis Nigeria adalah tidak baik, ini membuktikan bahawa masih ada lagi Polis Nigeria yang baik.
“Saya akan menghabiskan semua kekayaan saya untuk ‘membina’ Islam dan Muslim Insha Allah,” katanya.
Jabatan polis Nigeria adalah salah satu jabatan terkenal di dunia. Namun lelaki tersebut membuktikan bahawa akan sentiasa wujudnya kelainan.
Semua orang di dunia mengimpikan untuk membina sebuah rumah, membeli sebuah kereta mewah dan menjalani kehidupan yang tenang. Tetapi ada juga insan yang membelanjakan kekayaan tersebut untuk membina masjid, memberi makan kepada orang-orang miskin dan mencari rahmat Allah.
Kebaikan dan kemurahan akan menghasilkan penghargaan walaupun selepas kematiannya. Ini adalah salah satu perbuatan yang akan memberi manfaat kepada jiwa walaupun selepas beliau meninggalkan dunia ini.
Sumber: Life Of Arabs
