Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nak Pos Barang? Ketahui Tiga Servis Pos Malaysia Yang Terlibat Kenaikan SST
Seperti yang diketahui, Cukai Perkhidmatan (SST) telah dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus dan ia telah berkuat kuasa pada 1 Mac lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang lepas.
Susulan itu, Pos Malaysia Berhad dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan beberapa perkhidmatan yang ditawarkannya turut mengalami kenaikan cukai perkhidmatan itu.
“Berkuat kuasa 1 Mac 2024, SST di bawah Perintah P.U.(A) 64 – Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2024 akan dinaikkan daripada 6 peratus kepada 8 peratus ke atas semua perkhidmatan bercukai yang ditetapkan kecuali perkhidmatan bercukai berikut, yang akan kekal tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan pada kadar 6 peratus,” maklum Pos Malaysia Berhad.
Perkhidmatan yang kekal pada kadar enam peratus adalah perkhidmatan makanan dan minuman di Pos Malaysia dan perkhidmatan telekomunikasi.
Perkhidmatan lain yang kekal adalah penyediaan perkhidmatan tempat letak kereta dan perkhidmatan logistik (perkhidmatan baru yang ditetapkan di bawah Kumpulan J).
Sementara itu, bagi perkhidmatan logistik di bawah Pos Malaysia, terdapat beberapa ketetapan caj yang dikenakan berhubung pelaksanaan ini.
Terdahulu, Kementerian Kewangan berkata langkah reformasi percukaian perlu dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara. Ia sekaligus akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat.
Kementerian Kewangan juga menegaskan bahawa perubahan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8 peratus tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat di negara ini.
Antaranya adalah perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan yang kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6 peratus.
Perkhidmatan baharu yang dikenakan Cukai Perkhidmatan iaitu logistik juga hanya dikenakan pada kadar 6 peratus.
Sumber: Pos Malaysia Berhad