Hujan lebat sejak 25 November lalu mengakibatkan banjir di beberapa wilayah besar di Thailand sekaligus menjejaskan lebih 47 ribu penduduk.
Menurut Gabenor Kraisorn Wisitwong mengatakan bahawa beliau telah mengerahkan pihaknya untuk memantau situasi dan memberi bantuan kepada mangsa yang terjejas terus akibat banjir besar ini.
Walau bagaimanapun, lapangan terbang Nakhon Si Tammarat dibuka untuk mengarahkan para pelancong bertindak untuk meninggalkan tempat tersebut sebelum ditenggelami air.
Keadaan banjir ini juga dilaporkan di sepanjang lebuhraya Pattanakarn-Khu Khawang, jalan utama di bandar Nakhon Si Thammarat.


Paling terjejas adalah perkhidmatan kereta api negara tersebut. Hujan yang berterusan mengakibatkan 12 perkhidmatan kereta api termasuklah laluan dari Hat Yai ke Sungai Kolok dibatalkan. Perkhidmatan ekspress untuk perjalanan pulang dan balik dari Sungai Kolok juga ditangguhkan.



Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh antaranya di stesen Phibun dan Chong Khao di Nakhon Si Thammarat pada hari Rabu. Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan banjir kilat.
Rata-rata penduduk di sana berkongsi gambar keadaan semasa banjir teruk.






Sumber: Bangkok Post
