Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nama Malaysia Disebut, Pelakon Hollywood Ini Cari Individu Pandai Berbahasa Melayu ‘Sertai’ Projek Seninya

Aktor Hollywood, Joseph Gordon-Levitt sedang mencari individu dari Malaysia yang berbakat untuk terlibat sama dalam beberapa projeknya.

Beliau pernah membintangi beberapa buah filem mega antaranya Inception, Looper, Snowden dan The Walk.

Projek yang dijalankan di bawah syarikat penyiarannya, HitRecord kini memerlukan individu yang boleh menyebut perkataan ‘puisi’ dalam bahasa negara masing-masing.

Sehubungan itu, Malaysia adalah salah satu negara yang disebutkannya dalam satu hantaran di laman Facebooknya baru-baru ini.

Jika anda berminat untuk turut serta, anda boleh klik ke pautan ini untuk bersama-sama berkolaborasi dalam projek ‘voice acting’ tersebut.

Di bawah ini adalah paparan tangkap layar (screenshot) di laman web HitRecord, medium untuk anda memuat naik suara lakonan ‘puisi’ masing-masing.

Terdapat ramai ‘peserta’ dari Malaysia yang sudah pun memuat naik rakaman suara masing-masing di sini.

Mudah sahaja, hanya perlu merakam sebutan perkataan ‘puisi’.

Bukan saja suara, malah penulisan pun diperlukan

Selain itu, Gordon juga memerlukan sukarelawan dari Malaysia untuk membuat caption yang menerangkan tentang sekeping gambar.

Gambar yang dimaksudkannya adalah seorang angkasawan yang kelihatan duduk termenung melihat jendela, seperti di bawah ini.

Sehubungan itu, ramai warganet dari Malaysia yang sudah mula berkongsi penulisan mereka masing-masing.

Anda nak sertai?

Sebagai rakyat Malaysia, apabila diseru oleh aktor antarabangsa seperti Gordon secara terbuka di laman Facebooknya, tidakkah kita berasa bangga?

Apatah lagi dia terang-terangan berkata projek tersebut melibatkan Bahasa Melayu, tidak sangka bahasa ibunda kita di Asia Tenggara ini boleh ‘sampai’ ke Hollywood sana.

Jadi jika anda berminat, anda boleh terus klik ke pautan di bawah ini untuk berkolaborasi bersama Gordon;

Selamat mencuba!

Sedikit info projek HitRecord

HitRecord yang diasaskan Joseph merupakan sebuah syarikat produksi yang menjadi platform untuk menghasilkan beberapa projek seperti filem pendek, buku dan DVD.

Untuk rekod, beberapa filem pendek pernah dihasilkan HitRecord seperti Morgan M. Morgansen’s Date with Destiny serta skuelnya Morgan and Destiny’s Eleventeenth Date: The Zeppelin Zoo.

Sumber: Joseph Gordon-Levitt, HitRecord, Wikipedia