Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

NEAS Mohon Maaf Selepas Pesakit Disahkan Meninggal Dunia Didapati Hidup Semula

Syed Faisal Sayed Muhammad
NEAS mohon maaf
James Walsh/Alamy

NEAS Mohon Maaf Selepas Pesakit Disahkan Meninggal Dunia Didapati Hidup Semula

Sebuah lembaga amanah ambulans di England memohon maaf selepas pesakit yang disahkan meninggal dunia didapati ‘bangun semula’ daripada kematian di hospital, lapor The Guardian.

Perkhidmatan Ambulans Timur Laut (NEAS) memohon maaf dan berkata bahawa mereka sudah menghubungi keluarga pesakit malang tersebut.

Susulan kejadian itu, siasatan telah dilancarkan terhadap kesilapan yang dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu.

Kelmarin polis Durham berkata, pesakit tersebut adalah seorang wanita berusia 50-an dan disahkan sudah meninggal dunia.

Menurut Northern Echo, pesakit itu telah disahkan meninggal dunia dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Wanita itu telah dibawa oleh paramedik ke hospital Memorial Darlington, di mana dia kemudiannya kembali hidup semula.

Dalam satu kenyataan, Pengarah perubatan NEAS berkata bahawa siasatan terus dijalankan selepas kejadian tersebut dimaklumkan kepada mereka.

“Sebaik sahaja kami dimaklumkan mengenai kejadian ini, kami membuka siasatan dan menghubungi keluarga pesakit.

“Kami amat kesal atas kesulitan yang timbul disebabkan kejadian ini. Siasatan penuh insiden ini sedang dijalankan dan kami tidak dapat mengulas lebih lanjut pada peringkat ini.

“Rakan sekerja yang terlibat mendapat sokongan sewajarnya dan kami tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai mana-mana individu,” katanya.

NEAS didapati melindungi kesalahan paramedik

Tahun lalu, NEAS memohon kepada keluarga pesakit yang bersedih selepas didapati melindungi kesilapan paramedik yang bertindak terhadap pesakit yang meninggal dunia.

Ketua Eksekutif NEAS memohon maaf selepas kejadian kegagalan paramedik yang berlaku pada tahun lalu.

Seorang pemberi maklumat berkata kepada Sunday Times, pengurus telah menapis fakta daripada insiden tersebut sebelum dilaporkan kepada koroner.

Perbuatan itu dilakukan untuk melindungi paramedik yang telah melakukan kesalahan sewaktu rawatan ke atas seorang pesakit.

Kajian yang diterbitkan pada Julai oleh Dame Marianne Griffiths telah memberi penghormatan kepada keluarga mangsa kesalahan paramedik tersebut.

“Jelas bahawa mereka bukan sahaja hancur dengan kehilangan orang yang tersayang, tetapi ia juga melibatkan respon terhadap perkhidmatan ambulans,” kata Griffiths.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Laporan itu memetik bahawa isu budaya dan tingkah laku di NEAS telah menyebabkan perkara itu berlaku.

“Disfungsi kepimpinan yang berterusan telah memberi impak besar kepada cara pasukan itu beroperasi. Sikap mempertahankan kesalahan telah menjejaskan operasi pasukan, ketelusan, kejujuran dan pertimbangan perkhidmatan,” tambah Griffith lagi.

Namun begitu, Griffith juga percaya bahawa dengan pasukan kepimpinan yang baharu ini, mereka komited dalam menangani isu tersebut.

Sumber: The Guardian