Pengacara dan pelakon popular, Neelofa, sering kali menjadi bualan ramai netizen baik dari kerjaya mahupun sisi kehidupan peribadinya. Terbaru, hadiah berupa seterika yang diberikan kepada kakaknya, Noor Nabila, turut menarik perhatian ramai.
Ini kerana netizen yang mencari harga seterika tersebut selepas dimuatnaik di InstaStory Nabila mendapati harganya bukan calang-calang di mana mencecah hampir RM13,000 seunit.
”Thank you Neelofa hadiah untuk rumah baru, semoga murah rezeki sentiasa,” tulis Nabila.

Menerusi beberapa posting yang tular di media sosial, seterika ‘Laurastar Smart-U Ironing System’ itu dikatakan mempunyai ‘hygienic steam’ di mana mampu membunuh 99% bakteria.


Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk mempersoalkan kecanggihan seterika yang hanya memerlukan sekali gosok sahaja untuk beberapa cucian.
Sekali seterika tak kedut hingga 10 kali cucian

Sesuai untuk gosok uniform ‘frontliner’, bunuh bakteria

Pandai gosok sendiri ke seterika ni?

Sumber: Instastory noornabila via Cempedak Cheese
