Sukacita dimaklumkan, kes sembuh COVID-19 yang direkodkan hari ini adalah 8,334 kes dan ianya adalah angka sembuh harian tertinggi setakat ini.
Pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh negara kini meningkat kepada 572, 113 kes bersamaan 87.72 peratus.
Dalam masa sama, kes positif baharu pula mencatatkan pertambahan sebanyak 5,793 kes dan angka kumulatif meningkat kepada 652,204 kes.
Bagaimanapun kes baharu hari ini mengalami penurunan berbanding 6,849 kes pada semalam.
Maklumat mengenai kes kematian akan menyusul.

Sumber: KKM
