Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Negeri Pahang Diramal Banjir Bermula 1 Januari Ini – PRABN

Gambar sekadar hiasan

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) menjangkakan kemungkinan berlaku banjir di negeri Pahang bermula jam 8 pagi, 1 Januari ini.

PRABN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ramalan tersebut adalah susulan kepada amaran hujan berterusan Waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa.

Kawasan-kawasan yang dijangka berisiko untuk banjir adalah di Sungai Pahang (Maran, Temerloh, Jerantut dan kawasan sekitar), Sungai Kuantan (Kuantan, Sungai Lembing dan kawasan sekitar), serta Sungai Rompin (Rompin dan kawasan sekitar).

Sehubungan itu, PRABN menasihatkan semua penduduk yang tinggal di kawasan yang dinyatakan untuk bersiap sedia dan sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa.

Sumber: NADMA