Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nelayan Temui Mayat, Leher Dijerut Tali & Diikat Di Pokok

nelayan temui mayat
Gambar hiasan

Mayat seorang lelaki dalam keadaan leher dijerut tali dan diikat pada sebatang pokok ditemui di satu lokasi di Pulau Melaka, Melaka hari ini, lapor Utusan.

Merujuk Utusan, mayat yang dipercayai warga tempatan berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk oleh seorang nelayan di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, penemuan mengejutkan itu dilapor oleh saksi di Balai Polis Bandar Hilir tengah hari tadi.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan pegawai penyiasat termasuk daripada Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan didapati si mati merupakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berasal dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang,” katanya kepada pemberita, lapor Utusan.

Menurutnya, mangsa tersebut ditemui dalam keadaan duduk dan lehernya dijerut serta diikat pada sebatang pokok.

“Ketika ditemui mayat mangsa masih lengkap berpakaian dan setakat ini tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.

“Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

Sumber: Utusan