Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean

New World PJ Hotel Bakal Dikenali Sebagai Le Méridien Petaling Jaya

syafiq halim

PETALING JAYA, 23rd May 2022 – New World Hotel Petaling Jaya, sebuah hotel bertaraf 5-bintang bakal dikenali sebagai Le Méridien Petaling Jaya mulai 1 Jun 2022. Le Méridien merupakan antara jenama premium di bawah Marriott International dan bakal melalui transformasi untuk menawarkan pengalaman gaya hidup yang eksklusif kepada penginapnya.

Penjenamaan semula hotel 5-bintang ini dibuat berikutan termeterainya perjanjian francais antara Jelas Puri Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kepada WCT Holdings Berhad (“WCT”), dengan Marriott International. Hotel yang mengandungi 300 bilik ini disasarkan kepada para pelanggan terdiri daripada pelancong dan pengembara korporat dengan menawarkan khidmat pelanggan berdasarkan piawaian Marriott International.

Le Méridien, sebuah jenama penginapan mewah dan ternama menawarkan pengalaman yang menguja dengan perspektif unik melalui gabungan elemen Chic, Cultured and Discovery yang diinspirasikan berdasarkan tempat kelahiran jenama tersebut iaitu Paris.

Timbalan Pengarah Urusan WCT, Mr Peter Chow berkata “Kami amat berbesar hati kerana Le Méridien bersedia menjadi antara rakan sekutu jenama WCT selain diberikan peluang menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah syarikat hospitaliti yang ternama. Marriott International merupakan antara rangkaian hotel terbesar di dunia berdasarkan kepada bilangan bilik yang diurusnya. Kami percaya penjenamaan semula ini merupakan kaedah terbaik untuk mencapai impian kami dan mengembangkan lagi perniagaan dengan meraih prestasi jualan melalui kadar penginapan yang lebih baik, meningkatkan kecekapan kos dan juga produktiviti kakitangan.”

“Usaha ini selari dengan hala tuju strategik kami untuk meningkatkan potensi hartanah dalam projek pembangunan bersepadu WCT di Paradigm Petaling Jaya. Kami berhasrat untuk menjadikan hotel kami sebagai pilihan ramai bagi tujuan penginapan, penganjuran acara dan menjamu selera di Petaling Jaya dengan memanfaatkan program Mariott Bonvoy. Mariott Bonvoy merupakan program keahlian terbesar di dunia yang mempunyai 140 juta ahli. Pembukaan Le Méridien Petaling Jaya juga tepat pada masanya dengan tindakan kerajaan membuka semula pintu sempadan negara baru-baru ini,” tambahnya lagi.

Penjenamaan semula ini bakal menawarkan perkhidmatan hotel yang dipertingkatkan. Ruang rehat, The Lounge akan dijenamakan semula sebagai ‘Latitude 03⁰ 06’ , manakala ruangan makan hotel yang dikenali sebagai Pasar Baru, iaitu sebuah restoran yang menghidangkan makanan tempatan kegemaran yang diolah (local favourites) tempatan yang menarik manakala PJ’S Bar and Grill, salah sebuah tempat bersantai di tingkat paling atas yang tersohor di Petaling Jaya akan dikekalkan. Selain itu, para tetamu hotel juga boleh menikmati pelbagai tawaran makanan dan minuman (F&B) Le Meridien yang disediakan untuk mereka.

Hiasan dalaman hotel akan melalui perubahan berdasarkan jenama Le Méridien yang unik iaitu rekaan Timeless Chic yang diinspirasikan berdasarkan tempat asal-usul jenama ini dilahirkan iaitu Paris. Rekaan itu diilhamkan melalui cita rasa yang menguja dan para tetamu bakal merasai suasana destinasi yang ada di seluruh dunia. Le Méridien akan mentakrifkan semula elemen tempatan untuk menjadi lebih bergaya, dengan menumpukan pada budaya seni dan masakan di samping menerokai keunikan yang ditawarkannya.

Sehubungan itu, jenama Le Méridien ini akan berupaya untuk menarik segmen khalayak yang lebih luas terutamanya dalam kalangan pelancong berminda kreatif yang sering mengejar inspirasi di kala mereka menerokai destinasi, budaya unik dan pengalaman kulinari. Le Méridien Petaling Jaya juga mengalu-alukan ahli Marriot Bonvoy untuk merasai sendiri pengalaman luar biasa yang ditawarkan oleh jenama Marriott International.

Pengurus Besar Le Méridien Petaling Jaya, Chris Moore berkata, “Kami amat teruja untuk memainkan peranan dalam peralihan New World Petaling Jaya Hotel kepada Le Méridien Petaling Jaya. Hotel ini akan menawarkan pengalaman baharu kepada para tetamunya terutama para pengembara untuk menerokai apa yang kami tawarkan berdasarkan teras jenama yang didatangkan bersamanya dari segi seni pengembaraan, budaya menikmati hidangan dan juga kekayaan warisan Eropah.

Hotel mewah Le Méridien Petaling Jaya akan menjadi sebahagian daripada kawasan pembangunan bersepadu yang terkenal di Petaling Jaya yang merangkumi Paradigm Mall Petaling Jaya, sebuah menara pejabat iaitu The Ascent dan dua apartmen servis yang dikenali sebagai Azure Residences dan juga Sapphire Paradigm.