Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
resipi bihun sup daging
Gambar: Eniza M. Salim

Ngam Makan Dengan Sambal Merah, Ini Resipi Bihun Sup Daging Padu

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ngam Makan Dengan Sambal Merah, Ini Resipi Bihun Sup Daging Padu

Kita baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Perayaan yang disambut setiap kali tiba musim haji ini meliputi amalan korban sama ada kambing atau lembu. Jangan pelik, terdapat juga kawasan yang mengorbankan kerbau dan unta.

Selain dijadikan rendang sebagai juadah hari raya, daging lembu juga enak dinikmati sebagai sup. Air renehan daging yang manis dihirup panas-panas, pastinya membuat para tetamu rasa selesa di musim hujan ini.

Kali ini, SK ingin kongsikan resipi bihun sup daging yang mudah dan menyelerakan. Jom ikuti resipi dari seorang pengguna Facebook, Eniza M. Salim ini.

Bahan-bahan resipi bihun sup daging

Untuk mula memasak, anda perlu sediakan beberapa bahan utama iaitu setengah kilo daging dan satu pek bihun yang direndam dengan serbuk kunyit.

Bagi menyediakan rempah tumis, anda perlukan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan cengkih.

Sediakan pula bahan untuk dikisar iaitu setengah inci halia, tiga ulas bawang putih, dua biji bawang besar, satu sudu lada putih dan dua biji buah keras. Tumbuk dan kisar lada putih dengan buah keras.

Anda juga perlu sediakan satu pek rempah sup, dua bungkus sup bunjut dan satu kiub pati lembu.

Semua bahan dah sedia? Mari kita mula memasak.

Cara masak sup daging

Pertama sekali, sediakan periuk. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan rempah tumis tadi. Setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar. Goreng sehingga garing sedikit kemudian masukkan rempah sup yang telah dibancuh bersama sedikit air.

Kacau sedikit supaya rempah sup sebati dengan air kemudian bolehlah anda masukkan daging. Biarkan air daging kering dahulu sebelum tambah lagi air secukupnya.

BACA: Tak Perlu Letak Garpu, Wanita Kongsi Cara Rebus Daging Korban Empuk

Tambah kiub pati lembu dan sup bunjut kemudian perasakan sup dengan garam dan penambah rasa, jika mahu.

Masak sehingga daging lembut. Menurut Eniza, anda boleh gunakan periuk tekanan (pressure cooker) untuk masak daging dengan lebih mudah dan cepat.

Sup daging, siap.

sup daging
Bihun sup daging. Gambar: Eniza M. Salim

BACA: “Bihun Tak Hancur Dan Lembik”, Ini Cara Celur Bihun Utara Yang Betul

Tidak lengkap bihun sup daging tanpa sambalnya. Dalam perkongsiannya, Eniza turut berikan resipi membuat sambal merah bihun sup daging.

Sediakan satu pek sederhana cili serbuk, tiga ulas bawang putih, minyak masak dan seperti biasa, gula, garam, penambah rasa kegemaran anda.

Tumbuk hingga lumat bawang putih, kemudian tumis sehingga naik bau. Masukkan pula serbuk cili yang telah dibancuh dengan air terlebih dahulu. Tumis sehingga garing sedikit kemudian tambahkan air.

Masukkan gula, garam dan penambah rasa secukupnya. Biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak.

Sambal merah, siap.

Untuk melengkapkan hidangan bihun sup daging anda, Eniza memberi cadangan untuk gunakan lobak masin, bawang goreng, daun sup, daun bawang, taugeh dan tauhu sebagai hiasan sampingan.

Eniza turut mencadangkan supaya daging lembu yang dibuat sup dicampur bersama tulang, perut dan sedikit daging berlemak untuk dapatkan sup yang lebih sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Eniza M. Salim