Seekor jerung dilaporkan kehilangan separuh badannya tetapi masih lagi ‘berdaya’ untuk mempertahankan diri sebelum mati akibat daripada serangan kanibal yang berlaku, memetik laporan Daily Star.
Gambar: via The SunMenurut laporan, Dr. Mario Lebrato melepaskan sekumpulan jerung hitam ke dalam lautan di luar pantai Sepanyol, dia terperanjat ketika melihat perkara yang sangat jarang berlaku sekitar dua meter di bawah permukaan air.
Walau bagaimanapun, semasa dia dan kumpulannya melepaskan jerung itu, ikan-ikan itu telah diserang dengan kumpulan pemangsa yang berbeza. Sekumpulan jerung yang lain itu menyerang jerung hitam tanpa henti.
Turut dilaporkan, jerung yang menyerang itu termasuk jenis ‘jerung lembu’ yang mempunyai berat lingkungan 300 hingga 400 kilogram.
Gambar: via The SunWalaupun diserang tanpa henti, seekor jerung yang sudah kehilangan hampir separuh badannya ini terus berjuang untuk mempertahankan diri dan menyelamatkan nyawanya.
Hampir-hampir 20 minit jerung itu bertahan sebelum ianya mati akibat kecederaan pada badannya itu.
Gambar: via The SunSumber: Daily Star