Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nikah Solo Di Jepun Semakin Popular, Wanita Lebih Bahagia Kahwini Diri Sendiri

Faiz Mustafa
Nikah solo di jepun
Gambar dari Freepik via Indo Zone

Nikah solo di Jepun dikatakan semakin popular dan menjadi pilihan ramai wanita kerana dipercayai lebih bahagia?

Pernikahan adalah proses bersatunya dua insan dengan ikatan cinta antara lelaki dan perempuan secara agama, norma dan sosial.

Namun kini, memetik Indo Zone, pernikahan tunggal atau menikahi diri sendiri dikatakan mula menjadi terkenal dan trending di Jepun.

Mereka yang menolak pernikahan dan kehidupan berkeluarga masih boleh mengenakan gaun pengantin dengan menikahi diri sendiri sebagai ganti.

Pernikahan tanpa pasangan atau disebut juga sebagai pernikahan solo semakin menular dan menjadi pilihan para wanita di Jepun.

“Pernikahan ini bukan hanya dilakukan oleh mereka (perempuan) yang masih belum berkahwin, namun mereka yang sudah pernah menikah, bercerai dan tidak puas dengan majlis pernikahan juga lakukan hal yang sama.

“Bagi yang ingin melangsungkan pernikahan tunggal, mereka perlu menempah pakej nikah solo melalui perancang perkahwinan dan studio fotografi.

“Sebuah perunding perkahwinan di Kyoto, Cerca Travel telah mempromosikan perkahwinan solo ini kepada para gadis pada tahun 2015 dan ia semakin terkenal hingga kini,” lapor Indo Zone.

Sementara itu, pernikahan dan angka kelahiran di Jepun dilaporkan menurun setiap tahun dan dijangka pada tahun 2040, orang bujang akan mencecah hampir setengah dari populasi Jepun dengan peratusan berumah tangga 39 peratus saja.

Memetik Tokyo Esque, pada tahun 2019 hanya ada lebih 500,000 pasangan yang menikah dan peratus pernikahan di negara tersebut menurun menjadi 4.8 peratus.

Pada umumnya, terdapat banyak alasan kenapa wanita di Jepun memilih hidup bersendirian. Antaranya adalah kerana masalah kewangan dan kurang minat untuk menikah.

“Oleh kerana itu, wanita yang bekerja lebih sukar untuk mendapatkan lelaki, tambahan pula mereka tidak memerlukan suami untuk menjamin ekonomi mereka.

“Kebanyakan lelaki juga risau tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dari segi kewangan hingga memilih untuk hidup bujang,” lapor Indo Zone.

Sumber: Indo Zone