Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

NIVEA Perkenal Deodoran Black & White Invisible Di Keretapi Sarong 2026

Dalam kemeriahan musim perayaan, acara kebudayaan dan pelbagai aktiviti bersemuka, rakyat Malaysia sentiasa bergerak aktif sepanjang hari. Namun, kesibukan ini turut mendatangkan “kebimbangan harian yang tidak disedari” seperti peluh, bau badan dan kesan pada pakaian. Sempena Hari Malaysia, NIVEA menangani kebimbangan ini menerusi pengenalan NIVEA Black & White Invisible Deodorant yang serba baharu di Keretapi Sarong 2026, sekali gus menyampaikan mesej “United by One Confidence”.

“Keretapi Sarong menggambarkan situasi yang sering kita lalui dalam kehidupan seharian, apabila keyakinan diri amat penting sama ada ketika berada dalam suasana yang sesak dan sibuk, melakukan aktiviti di luar atau berdepan cuaca panas Malaysia,” kata Dr Christopher Vierhaus, Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Deodoran kini perlu menawarkan lebih daripada sekadar perlindungan daripada peluh dan bau badan. Rangkaian baharu NIVEA Black & White Invisible menggabungkan perlindungan Dual Shield 72 jam untuk kulit dan pakaian dengan haruman premium. Kami berbangga memperkenalkan NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night dengan haruman segar dan sensasi dingin, serta NIVEA Black & White Invisible Authentic dengan gabungan haruman bunga dan buah-buahan yang segar untuk pengalaman deodoran harian yang lebih menyeluruh.”

Teknologi anti-kesan menjadi teras rangkaian ini, membantu mengelakkan kesan putih pada pakaian hitam dan tompokan kuning pada pakaian putih. Seperti rangkaian deodoran NIVEA yang lain, ia turut menawarkan perlindungan sehingga 72 jam daripada peluh dan bau badan, sambil memelihara kulit bawah lengan. 

Lihat gambar penuh

Di Keretapi Sarong 2026, NIVEA menghidupkan “cabaran harian yang sering tidak disedari” menerusi persembahan berunsur teater yang menampilkan Aisha Retno, penari Zeppo Youngsterz Zapport dan koir Devokalis UPSI. Gabungan muzik, gerak tari dan penceritaan membawa penonton menyelami bagaimana kesan pada pakaian yang kelihatan kecil boleh memberi impak kepada keyakinan diri. Persembahan kemudian mencapai kemuncaknya dengan pengenalan NIVEA Black & White Invisible Deodorant yang serba baharu, lengkap dengan perlindungan anti-kesan untuk membantu pengguna kekal yakin dalam setiap pergerakan.

Bagi penyanyi dan penghibur Aisha Retno, situasi ini bukan sesuatu yang asing baginya yang sentiasa aktif dengan pelbagai persembahan. “Bila membuat persembahan, terutamanya di luar dalam cuaca Malaysia, saya tidak mahu risau tentang peluh, bau badan atau kesan kuning pada pakaian putih. Sejak menggunakan deodoran NIVEA Black & White Invisible Authentic, saya rasa lebih tenang dan boleh fokus pada persembahan. Saya juga sukakan haruman bunga dan buah-buahannya yang membuatkan saya rasa segar sepanjang hari dan lebih yakin di atas pentas. Memang produk yang saya akan bawa ke mana-mana dan cadangkan kepada rakan-rakan,” kata Aisha Retno.

“Kami memang banyak mengenakan pakaian hitam ketika membuat persembahan, jadi bila beraksi lama, peluh dan kesan putih pada pakaian memang antara perkara yang kami risaukan. Sebab itu kami teruja menjadi antara yang terawal mencuba deodoran NIVEA Black & White Invisible Epic Night. Dengan Dual Shield Protection, kami bukan sahaja kekal segar, malah pakaian hitam juga bebas daripada kesan putih, jadi kami boleh fokus sepenuhnya untuk memberikan persembahan terbaik,” kata Insomniacks.

NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night dan NIVEA Black & White Invisible Authentic Deodorant kini boleh didapati di Watsons dan seluruh rangkaian peruncit utama yang lain termasuk farmasi, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit, selain menerusi platform e-dagang.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian NIVEA Black & White Invisible Deodorant dan perkembangan terkini NIVEA Malaysia, ikuti NIVEA Malaysia di Facebook.