Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bersempena ‘Pink October’ ini, kempen NIVEA Moments of CARE kini kembali untuk tahun kedua dengan komitmen yang lebih besar, meneruskan kerjasama bersama Watsons. Bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM20 untuk produk NIVEA di Watsons, RM1 akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) dengan sasaran kutipan dana sebanyak RM50,000.
Bagi memberi impak yang lebih bermakna, NIVEA turut menjanjikan dana tambahan RM20,000 sebaik sahaja sasaran kutipan pertama tercapai, sekali gus memperluaskan sokongan terhadap usaha penting BCWA dalam bidang kesedaran, pendidikan dan perkhidmatan sokongan.

“Selepas kejayaan kempen tahun lalu, kami meningkatkan sasaran dengan matlamat yang lebih besar kerana kesedaran dan pengesanan awal kanser payudara masih amat penting.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa kanser payudara kekal sebagai kanser paling kerap dihidapi wanita di seluruh dunia, dengan kes yang dicatat dijangka terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.
Di NIVEA, CARE adalah prinsip asas dalam setiap usaha kami, dan menerusi kempen ini, kami komited untuk menyokong wanita dengan memacu kesedaran yang lebih meluas serta menggalakkan pemeriksaan berkala bagi tujuan pengesanan awal,” kata Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.

“Kami merasa bangga menjadi rakan kerjasama bagi usaha murni ini. Semua cawangan kami di seluruh negara menjalankan kempen NIVEA Moments of CARE supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menyumbang dengan mudah sambil berbelanja dengan tujuan yang bermakna.
Melalui kerjasama dengan NIVEA dan rakyat Malaysia, kita mampu memperkukuh kesedaran mengenai pengesanan awal serta memberi perubahan yang bermakna kepada wanita dan keluarga yang terkesan akibat kanser payudara,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia merangkap COO Health & Beauty Asia.

Menambah sentuhan peribadi kepada kempen ini, penyanyi veteran Salamiah Hassan turut berkongsi perjalanan beliau sebagai seorang pejuang kanser payudara.
“Saya mula perasan ada ketulan tetapi menyangka ia bukan sesuatu yang serius, cuma jangkitan biasa yang akan hilang sendiri. Saya abaikan sehingga ia semakin membesar dan mula muncul simptom lain. Ketika itulah saya membuat keputusan untuk berjumpa doktor, dan rupa-rupanya ia adalah kanser.
Diagnosis itu memang amat berat untuk diterima, tetapi saya memilih untuk kekal positif dan terus berjuang. Nasihat saya mudah sahaja: jika tubuh anda menunjukkan sebarang tanda, jangan abaikan. Segeralah buat pemeriksaan. Pengesanan awal boleh membawa perbezaan yang besar.”
Kisah Salamiah adalah pengalaman yang dekat dengan ramai wanita di Malaysia, apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh tetapi mengetepikannya dengan harapan ia akan hilang sendiri.

Hakikatnya, kanser payudara merangkumi 32.1 peratus daripada semua kes kanser wanita di Malaysia dan lebih separuh daripada diagnosis masih dilakukan pada peringkat yang lewat, sekali gus menekankan betapa pentingnya pengesanan awal dan keberanian untuk bersuara.
Selain aktiviti kutipan dana, program tahun ini turut menampilkan bengkel eksklusif bertajuk ‘Senaman dalam Penjagaan Kanser’ yang dikendalikan oleh doktor, di samping saringan kanser payudara percuma.
Acara ini turut dimeriahkan dengan penampilan khas penyanyi dan pelakon Malaysia, Elyana Emrizal, yang pernah berehat panjang daripada kerjayanya demi melawan kanser, sebelum kembali ke pentas dengan persembahan penuh emosi, menjadi simbol ketabahan yang seiring dengan mesej kempen tentang kekuatan dan solidariti.

Menerusi kempen NIVEA Moments of CARE, rakyat Malaysia dijemput untuk berbelanja dengan tujuan bermakna sepanjang bulan Oktober ini. Bagi setiap pembelian bernilai RM20 dan ke atas bagi produk NIVEA di Watsons, RM1 akan disumbangkan kepada BCWA.
Setiap pembelian bukan sekadar produk penjagaan kulit, tetapi satu tindakan keprihatinan yang membantu dalam membiayai program jangkauan, kesedaran serta sokongan untuk wanita yang terkesan dengan kanser payudara.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen NIVEA Moments of CARE, sila layari https://www.nivea.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/mynivea.