Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila sebut pasal majlis perkahwinan pasti ada yang pening memikirkan tentang kos majlis yang tinggi untuk para tetamu datang melihat kecantikan keseluruhan majlis. Majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang akan dikenanh sepanjang hayat oleh setiap pasangan yang bercinta.
Pastinya bakal raja sehari yang akan mendirikan rumah tangga mengimpikan majlis yang berjalan dengan lancar dan sempurna. Ada yang sanggup menghabiskan beribu-beribu semata-mata untuk majlis perkahwinan.
Lain pula ceritanya apabila seorang pengguna twitter yang juga merupakan seorang jurufoto perkahwinan, Hafizaquafiz telah berkongsi beberapa keping foto daripada client yang hanya mengadakan majlis perkahwinan secara simple dan lawa.

Majlis perkahwinan mereka sangat simple, tiada pelamin, tiada jurumekap dan baju nikah sangat cantik walaupun biasa sahaja tapi di mata mereka hanyalah penuh dengan kasih sayang dan cinta. Siapa yang inginkan untuk meraikan cinta dalam majlis yang sederhana tetapi mewah dengan isi cinta mereka.

Namun, masih ada yang salah faham dengan jurufoto ini tentang gambar yang dimuatnaikkan di laman Twitternya. Baginya, ini semua adalah kesederhanaan dan nampak mewah, bab kata orang puteh “less is more”.
Sumber: Hafiz / Lensa Cinta