Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2026 - OHMYMEOW! EXPO 2026, yang diiktiraf sebagai Ekspo Kucing Terbesar di Malaysia (Malaysia Book of Records), secara rasminya membuka tirainya hari ini di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC). Berlangsung selama empat hari bermula 9 hingga 12 Julai 2026, acara ini menghimpunkan lebih 250 pempamer, sekali gus mengubah MVEC menjadi hab sehenti bagi inovasi kesihatan, pemakanan, dan gaya hidup haiwan kesayangan.
Selain peluang untuk membeli-belah, ekspo ini terus menerajui Kempen “Pemilikan Haiwan Peliharaan Bertanggungjawab” yang bertujuan meningkatkan standard penjagaan beretika, kebajikan haiwan, dan pengurusan haiwan kesayangan yang lebih informatif di seluruh Malaysia. Edisi tahun ini turut menampilkan ikon kulinari negara, Datuk Chef Wan, yang menyertai misi ini untuk memupuk masyarakat yang lebih penyayang terhadap haiwan.

Tarikan utama ekspo ini ialah prebiu eksklusif JAECOO J5 EV. Buat julung kalinya di Malaysia, orang ramai berpeluang melihat varian kenderaan elektrik (EV) ini dengan lebih dekat. J5 dikenali sebagai barisan kenderaan pertama di negara ini yang menawarkan kabin binaan khas mesra haiwan dengan material yang diperakui TÜV, direka khusus untuk menjadikan perjalanan lebih selamat dan selesa bagi haiwan kesayangan anda. Pengunjung juga berpeluang untuk mendaftarkan minat mereka di tapak acara.
“Prebiu J5 EV di ekspo kucing terbesar di Malaysia ini membolehkan kami berhubung dengan pemilik yang benar-benar menghargai kesejahteraan haiwan mereka,” kata Kamal Afiq, Pengurus Produk OMODA JAECOO Malaysia. "Pengiktirafan ‘mesra haiwan’ kami bukan sekadar gimik pemasaran, tetapi komitmen kami untuk memastikan kenderaan anda selesa buat haiwan kesayangan anda seperti mana ia selesa untuk anda.

“Kami sangat berbangga melihat bagaimana OHMYMEOW! EXPO 2026 berkembang daripada sekadar pameran kepada platform penting untuk perubahan!” kata Jaice Tan, penganjur bersama OH MY MEOW! EXPO 2026.
"Dengan menghimpunkan peneraju industri, inovator seperti JAECOO, dan tokoh seperti Datuk Chef Wan, kami menetapkan penanda aras baharu bagi pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab di Malaysia." tambah Calvin Soh, penganjur OhMyMeow! 2026.

Orang ramai dijemput hadir ke ekspo ini untuk menerokai produk terkini serta menikmati promosi eksklusif daripada pempamer yang terlibat. Kemasukan adalah percuma.