Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

OMODA | JAECOO Malaysia Buka OMODA | JAECOO CARRO 3S Centre Di Selayang

OMODA

OMODA | JAECOO Malaysia Buka OMODA | JAECOO CARRO 3S Centre Di Selayang

OMODA | JAECOO Malaysia terus memperkukuh rangkaian pengedarannya di seluruh negara menerusi pembukaan rasmi OMODA | JAECOO CARRO Selayang 3S Centre, yang dikendalikan oleh CARRO Digital Sdn Bhd.

Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, berkata, "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan pengedar kami, CARRO Digital, atas pembukaan fasiliti baharu ini. Pembukaan pusat pameran di Selayang bukan sahaja menambah satu lagi lokasi dalam rangkaian kami, malah mencerminkan keyakinan kami terhadap pasaran Malaysia serta komitmen untuk terus berkembang bersama rakan kongsi yang diyakini seperti CARRO Digital."

Beliau menambah, "Kami akan terus mengembangkan rangkaian kami di seluruh negara bagi mendekatkan produk serta perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan, sekali gus memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang lancar tidak kira di mana mereka berada."

Pusat 3S Centre yang lengkap merangkumi Sales, Service & Spare Parts ini mengukuhkan lagi rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan jenama tersebut. Ia menyusuli pelantikan CARRO Digital sebagai pengedar sah OMODA | JAECOO pada Mac 2026, sekali gus meningkatkan akses pelanggan di samping memperkukuh standard operasi jenama di seluruh negara.

Terletak di lokasi strategik di Selayang, Selangor, pusat pameran baharu ini memperluaskan capaian OMODA | JAECOO Malaysia kepada pelanggan di Selayang, Batu Caves, Templer, Rawang serta kawasan sekitarnya dengan menawarkan kemudahan jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang lengkap di bawah satu bumbung.

Direka untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat

Bagi memenuhi pertumbuhan permintaan pelanggan, 3S Centre baharu ini dilengkapi dengan enam petak servis, yang mampu menampung kapasiti penyelenggaraan sehingga 624 buah kenderaan sebulan. 

Kemudahan bersepadu ini memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang lancar bermula daripada pembelian kenderaan sehinggalah kepada penyelenggaraan dan perkhidmatan selepas jualan.

Selain kemudahan servis yang lengkap, pelanggan turut dapat menikmati sebuah pusat pameran yang luas dan selesa, menampilkan konsep reka bentuk runcit terkini OMODA | JAECOO Malaysia. Kemudahan Wi-Fi percuma serta Coffee Lounge turut disediakan bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa, eksklusif dan mesra kepada pelanggan serta pengunjung.

Di samping jualan kenderaan, pelanggan turut boleh menikmati pelbagai perkhidmatan komprehensif termasuk sesi pandu uji, khidmat nasihat pembiayaan, penilaian kenderaan tukar beli, bantuan insurans, serta akses kepada perkhidmatan selepas jualan yang diiktiraf oleh OMODA | JAECOO Malaysia bersama ekosistem pemilikan jenamanya.

Majlis perasmian ini turut mencerminkan momentum pertumbuhan berterusan OMODA | JAECOO Malaysia. Ketika ini, jenama tersebut mempunyai 53 pusat pameran di seluruh negara yang disokong oleh rangkaian pengedar sah yang kukuh, sekali gus memastikan pelanggan di seluruh Malaysia menikmati pengalaman pemilikan dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.