Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

One Piece Masuk Era Baharu, Bakal Beralih Ke Format Bermusim Mulai 2026

Athirah
One Piece format bermusim
Kredit: Kuwait Times

One Piece Masuk Era Baharu, Bakal Beralih Ke Format Bermusim Mulai 2026

Penggemar siri anime popular One Piece dikejutkan dengan pengumuman bahawa siri berkenaan bakal beralih kepada format bermusim mulai tahun 2026.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun rasmi Toei Animation di laman Facebook semalam.

“Bermula pada tahun 2026, siri anime One Piece akan memulakan jadual produksi baharu dengan membahagikan tayangan kepada dua bahagian setahun, melibatkan maksimum 26 episod setiap tahun

“Langkah ini bertujuan untuk menyelami dunia ONE PIECE dengan lebih mendalam, sambil mengekalkan kandungan, tempo dan rentak penceritaan yang lebih sejajar dengan manga asal,” ujar hantaran itu.

Perubahan ini merupakan “keputusan strategik”

Menurut portal Games Radar, jadual tayangan baharu ini akan dilaksanakan selepas tempoh rehat produksi selama tiga bulan, bermula dari Januari hingga Mac 2026.

Siri anime One Piece dijangka kembali pada bulan April untuk memulakan arc Elbaph, yang kini dibahagikan kepada dua bahagian (cours), dengan jumlah keseluruhan sehingga 26 episod baharu bagi tahun 2026 dan seterusnya.

Walaupun siri anime One Piece amat digemari dan terkenal dengan jalan cerita yang kreatif, ia tidak terlepas daripada masalah biasa yang sering dialami oleh anime jangka panjang.

Ia termasuk episod pengisi (filler), ulangan cerita yang panjang serta tempo penceritaan yang perlahan, terutamanya bagi adaptasi daripada manga.

Difahamkan, format tayangan mingguan turut meningkatkan tekanan terhadap pasukan produksi.

Pihak Toei berhasrat memperbaiki aliran cerita anime itu dengan memberi lebih ruang untuk ia “bernafas” serta mengekalkan kesetiaan yang lebih kukuh terhadap manga karya penciptanya, Eiichiro Oda.

Penerbit siri berkenaan, Ryūta Koike, menjelaskan bahawa perubahan ini merupakan keputusan strategik untuk menyokong kemajuan dan evolusi siri anime One Piece.

“Toei menambah bahawa anime ini berasaskan manga dan secara tradisional, 11 hingga 12 episod akan merangkumi sekitar empat hingga lima jilid manga

“Kini, di bawah struktur dua bahagian (two cours), episod baharu akan mengandungi lebih banyak kandungan dengan tempo dan rentak yang lebih sejajar dengan manga, sambil mengekalkan keunikan gaya penceritaan yang hanya boleh dicapai melalui medium animasi,” ujarnya.

BACA: Ramai Ingat Pencemaran, Tapi Ini Sebab Sungai Berbuih Bila Hujan Lebat

Sumber: Toei Animation, Games Radar