Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Awam Temui Mayat Lelaki Tersangkut Pada Pohon Kayu

Mayat seorang lelaki dijumpai tersangkut pada sebatang pohon kayu oleh orang awam di tebing sungai Batu Hampar Jugra, Banting, hari ini, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman seperti memetik laporan Kosmo berkata, orang awam memaklumkan penemuan mayat berusia lingkungan 30-an itu kira-kira kira-kira jam 10.20 pagi.

Katanya, pihak polis kemudian meminta bantuan daripada anggota bomba untuk mengeluarkan mayat tersebut yang berada dalam keadaan lengkap memakai baju-T dan berseluar dalam.

“Berdasarkan pemeriksaan, mayat itu hanya memakai baju-T dan seluar dalam serta tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo, hari ini.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Kosmo