Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Luar Dilarang Masuk Ke Masjid Sri Petaling

Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Masjid Jamek Sri Petaling di ibu kota akan ditutup sementara dalam masa terdekat bagi membolehkan proses disinfeksi dijalankan berikutan seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif COVID-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sehubungan itu menggesa mereka yang menyertai perhimpunan tersebut supaya menjalankan ujian saringan dengan segera sekiranya mengalami gejala.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ruang lobi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini hari ini selepas mengadakan lawatan di wad persediaan untuk menempatkan pesakit COVID-19 di Hospital Sungai Buloh.

Sumber: Bernama