Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ella Ucap Selamat Tinggal
Kredit: Spotify & Instagram

Padam Semua Gambar, Ella Ucap Selamat Tinggal?

Padam Semua Gambar, Ella Ucap Selamat Tinggal?

Hari ini, peminat Ratu Rock Malaysia dikejutkan melalui hantaran penyanyi wanita tersebut pada laman Instagram baru-baru ini.

Menerusi tinjaun ke atas akaun Instgramnya, didapati semua gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini telah dipadam. Satu-satunya hantaran yang tinggal adalah hantaran mengejutkan yang dimuat naik Ella hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Ella menitipkan satu ucapan yang begitu bermakna tetapi menimbulkan pelbagai tanda tanya.

”Terima kasih untuk 35 tahun -Ella-”, katanya.

Hantaran tersebut pantas menuai perhatian netizen tanah air, khususnya dalam kalangan peminat yang mengikuti rapat perkembangan seni beliau.

Walaupun tidak dapat dipastikan apa yang hendak disampaikan oleh beliau, namun peminatnya berharap penyanyi itu tidak meninggalkan dunia nyanyian buat masa ini.

Rata-rata daripada mereka turut memberikan ucapan terima kasih kepada Ella kerana lagu dendangan sekian lama menemani kehidupan rakyat Malaysia.

Artis-artis serta individu terkenal di Malaysia turut memberikan komen pada hantaran tersebut

Pelawak terkenal, Zizan Razak telah memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi tersebut agar sentiasa berjaya dalam kehidupannya.

Ella Ucap Selamat Tinggal
Kredit: Instagram

Selain itu, pengacara dan pelakon terkemuka Malaysia, Sarimah Ibrahim mengatakan Ella adalah Ratu Rock Malaysia buat selama-lamanya.

ella instagram gambar hilang
Kredit: Instagram

Penyanyi alaf baharu Malaysia, Amir Masdi memberikan komen agak sedikit sedih pada hantaran tersebut. Sebelum ini, Amir telah mendapat persetujuan penyanyi tersebut untuk merakam semula lagu ‘Sekuntum Mawar Merah’ yang dikeluarkan pada 2006.

Ella Ucap Selamat Tinggal
Kredit: Instagram

Personaliti televisyen, Fedtri Yahya mengatakan dirinya tidak dapat melupakan kehebatan yang dimiliki oleh album penyanyi tersebut yang berjudul USA.

Beliau menyifatkan album yang diterbitkan pada 1994 itu sebagai unik, syurga dan asli.

Ella Ucap Selamat Tinggal
Kredit: Instagram

Buat masa ini, hantaran tersebut meraih 11.2k tanda suka dan 435 komen. Walaupun hantaran sebelum ini tidak kelihatan, hantaran berbentuk Highlight IG Story masih dapat dilihat oleh pengguna Instagram lain.

Setakat ini, tiada perkhabaran rasmi mengenai pengunduran Ratu Rock Malaysia daripada dunia seni.

Ella ucap selamat tinggal?

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila binti Haji Aminuddin dilahirkan pada 31 Julai 1966. Penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini mula bergiat dalam dunia seni sejak 1985.

Selain penyanyi, artis berusia 56 tahun ini turut menceburi pelbagai karier seperti pelakon, pemuzik dan model. Antara lagu-lagunya yang ikonik seperti Rama-Rama, Sekuntum Mawar Merah, Dua Insan Bercinta dan lain-lain lagi.

Beliau turut menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel yang berjudul ‘Standing In The Eyes of the World’, ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 1998.

BACA: Bukan Lagi Rahsia, Singapura Buka Akses Untuk ‘Fail Albatross’

Sumber: @ellaaminuddins via Instagram