Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
padang merbok dibuka
Kredit: FB Hannah Yeoh
Tiada Kategori

Padang Merbok Dibuka Sepenuhnya, Kembali Menjadi Milik Rakyat – Hannah

Sofea

Padang Merbok Dibuka Sepenuhnya, Kembali Menjadi Milik Rakyat – Hannah

PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) — Padang Merbok, satu daripada ruang awam ikonik di pusat bandar Kuala Lumpur, dibuka semula sepenuhnya kepada orang awam selepas pagar yang dipasang sejak Ogos 2022 diturunkan pada 14 Jan lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

Beliau berkata langkah itu melambangkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memulihkan hak rakyat terhadap ruang awam yang secara tradisinya menjadi milik umum.

“Pembukaan semula Padang Merbok juga menjawab keperluan sebuah bandar yang semakin berkembang. Kuala Lumpur kini berdepan tekanan akibat kesesakan trafik, peningkatan pelancongan dan penganjuran acara awam berskala besar yang menjejaskan ruang awam sedia ada.

“Dengan memulihkan padang bersejarah ini, kerajaan menyediakan lokasi yang lebih selamat dan mudah diakses untuk rakyat berkumpul, sambil mengurangkan kesesakan dan melindungi kawasan warisan berdekatan. Ruang awam mesti berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk kuasa,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

BACA: KBS Menyambut Baik Pelantikan Menteri & Timbalan Menteri Baharu, Rakam Penghargaan Kepada YB Hannah Yeoh & Yb Adam Adli

Beliau berkata penutupan berpanjangan di bawah pentadbiran terdahulu telah menafikan rakyat daripada menggunakan ruang awam yang signifikan itu untuk sukan, rekreasi dan perhimpunan aman yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.

Beliau berkata Padang Merbok, yang terletak berhampiran Dataran Merdeka dan Parlimen, mempunyai nilai nasional tersendiri, dan menjadi titik pertemuan semula jadi antara kehidupan komuniti dan ekspresi demokrasi.

“Padang Merbok kini dibuka semula dan berada tepat di tempat yang sepatutnya,” katanya.

Sumber: BERNAMA