Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Anda Menteri Yang Cemerlang" John Beasley Kenang Kepimpinan Hannah Yeoh

John Beasley Kenang Kepimpinan Hannah
Kredit: Bernama

Pengarah Teknikal skuad berbasikal kebangsaan, John Beasley meluahkan penghargaan kepada khusus buat bekas Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh.

Menerusi satu hantaran, Beasley mengucapkan terima kasih atas peranan Hannah dalam membina momentum yang menyumbang kejayaan skuad pada kejohanan Sukan Asia di Nagoya.

Beliau turut menyifatkan Hannah sebagai pemimpin yang cemerlang dalam pelaksanaan tugasnya disamping turut meluahkan rasa sedih apabila dia dipindahkan ke kementerian lain.

“Anda Menteri Belia dan Sukan yang cemerlang. Saya benar-benar sedih apabila mendapat tahu anda akan meninggalkan portfolio itu, tapi pada masa yang sama saya turut berasa gembira melihat usaha anda diiktiraf dengan tanggungjawab penting yang baru,” katanya.

John Beasley Kenang Kepimpinan Hannah

21 tahun bersama skuad berbasikal kebangsaan, Beasley berkata dia amat bertuah kerana dapat berkhidmat di bawah dua Menteri KBS yang dia anggap cemerlang dan Hannah merupakan salah seorang daripadanya.

Ujarnya, kepimpinan Hannah membuatkan jurulatih dan pasukan sokongan berasa dihargai, sekaligus memberikan keyakinan kepada mereka untuk terus berkerja keras.

“Anda membuatkan para jurulatih rasa dihargai. Itu sebenarnya lebih penting daripada apa yang orang kadang-kadang sedar.

“Apabila jurulatih dan apsukan sokongan dapat hala tuju yang jelas, kepercayaan, kejujuran serta kepimpinan yang kukuh, ia memberikan keyakinan kepada semua untuk berusaha sedikit lebih keras dan memberikan lebih daripada yang biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Beasley turut berkata Hannah mempunyai pendekatan yang tegas namun dia faham bahawa ia sebenarnya bersama dengan keinginan untuk membawa perubahan bermakna pada landskap sukan Malaysia.

“Anda mempunyai pendekatan yang tegas dan terus kepada, tetapi di sebalik itu, ada keinginan yang ikhlas untuk membawa perubahan bermakna serta memastikan sukan Malaysia berada pada kedudukan lebih baik berbanding ketika anda mula memegang jawatan itu dulu.

“Sepanjang anda meneraju portfolio itu, saya percaya anda telah berjaya mencapai perkara itu,” katanya.

Beliau turut berkongsi kemungkinan dia terus menerajui sukan Malaysia sekiranya Hannah masih memegang jawatan Menteri KBS.

“Saya sering terfikir, sekiranya anda masih menerajui sukan Malaysia, mungkin saya tidak akan ke mana-mana.

“Saya mungkin akan masih memberikan sepenuh fokus kepada misi membangunkan atlet Malaysoa yang serba lengkap dan bertaraf dunia, selain membina sistem prestasi tinggi yang lebih kukuh untuk generasi akan datang,” katanya.

Pada ketika Beasley dikritik orang ramai beberapa bulan lepas, beliau mendakwa tiada kepimpinan yang tampil mempertahankannya.

Susulan itu, ia menjadi antara sebab utama dia memilih untuk meninggalkan skuad berbasikal negara dan bakal meneruskan tanggungjawabnya bersama skuad berbasikal Jepun.

“Selepas lebih dua dekad dalam sukan elit, saya boleh terima kritikan. Apa yang penting bagi saya ialah ketiadaan pemimpin ketika ia benar-benar diperlukan.

“Apabila tiada yang tampil ke hadapan untuk menangani situasi sebegitu, akhirnya kami mula memahami bahawa kami tidak lagi dihargai seperti dulu.

“Perkara ini memainkan peranan besar dalam keputusan saya untuk meninggalkan negara dan program sukan yang saya amat sayangi,” luahnya.

Dalam pada itu, beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk membimbing atlet berbasikal Malaysia.

“Kepada kakitangan saya, terima kasih atas kesetiaan, komitmen dan persahabatan yang luar biasa.

“Dan kepada atlet, anda sentiasa membuktikan apa yang boleh dicapai apabila individu berbakat diberikan kepercayaan, hala tuju, peluang dan sokongan. Saya sangat bangga dengan anda.

“Akhir sekali, Hannah, terima kasih. Terima kasih kerana buat kami rasa dihargai. Terima kasih kerana mempercayai usaha kami.

“Terima kasih kerana menyokong atlet dan program kami, serta terima kasih atas kepimpinan, kejujuran dan visi yang anda bawa kepada sukan Malaysia,” katanya.

Intipati
  • John Beasley menyifatkan Hannah Yeoh sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan yang cemerlang.
  • Beliau berkata kepimpinan Hannah membuatkan jurulatih dan pasukan sokongan berasa dihargai.
  • Beasley bakal meninggalkan skuad berbasikal negara untuk meneruskan tanggungjawab bersama pasukan Jepun.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan