Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pahang Benar Kanak-Kanak Dan Warga Emas Makan Di Premis Perniagaan

KUANTAN, 19 Jun — Kerajaan negeri Pahang membenarkan kanak-kanak dan warga emas untuk masuk dan makan di premis perniagaan serta kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa serta-merta.

Iklan

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata selain restoran, arahan itu turut terpakai kepada medan selera, pusat penjaja, gerai makanan di tepi jalan dan trak makanan di seluruh negeri.

“Kebenaran di kawasan R&R juga meliputi kemudahan seperti surau dan tandas awam. Bagaimanapun, larangan untuk ke taman awam dan taman permainan di kawasan tersebut masih kekal.

“Kebenaran ini diberikan setelah meneliti keadaan semasa dan keperluannya selain sebahagian daripada langkah peluasan operasi premis perniagaan di bawah pelaksanaan PKPP,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Walaupun diberi kebenaran, Wan Rosdy menasihatkan orang awam untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan menjaga penjarakan sosial semasa berada di kawasan berkenaan.

Selain itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga memutuskan tiada lagi had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk di sesebuah meja bagi setiap premis perniagaan makanan.

Sumber: Bernama