Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Paip Pecah Di Klang, Ini Senarai Penuh Kawasan Yang Alami Gangguan Air Tidak Berjadual

Gambar via Bernama

Air Selangor memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual di 11 kawasan di Wilayah Klang bermula 8.00 malam tadi susulan kejadian paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang.

Menurut kenyataan yang dikongsikan di Twitter, kerja-kerja pembaikan dijangkan akan siap sepenuhnya pada jam 4.00 pagi, 1 Mac 2022 dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” kata Air Selangor.

Kata kenyataan itu lagi, para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor iaitu di Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Berikut merupakan senarai kawasan-kawasan yang terjejas:

  1. Bandar Putera 2

  2. Bandar Puteri

  3. Jalan Bendahara

  4. Jalan Bentara

  5. Jalan Laksamana

  6. Jalan Raja Nong

  7. Jalan Seri Sarawak

  8. Jalan Sg Jati

  9. Jalan Temenggung

  10. Taman Rakyat

  11. Taman Sentosa

Sumber: Air Selangor